Breaking News
Home » Berita » Peniaga Burger Boleh Berniaga Depan Rumah Ambiga

Peniaga Burger Boleh Berniaga Depan Rumah Ambiga

Berniaga Burger Depan Rumah Ambiga – Polis tidak akan mengambil tindakan terhadap sekumpulan peniaga termasuk yang menjual burger di depan rumah Pengerusi Bersih, Datuk S. Ambiga di Bukit Damansara baru-baru ini, kerana mereka melakukannya di tempat awam.Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar, berkata peniaga boleh berhimpun dan berniaga di depan rumah ketua badan bukan kerajaan (NGO) itu, selagi mereka tidak mengganggu ketenteraman awam.Di bawah Akta Perhimpunan Aman 2011 (APA) semua orang boleh berhimpun asalkan memberi notis dan maklumkan kepada polis di mana boleh berhimpun.

Kumpulan peniaga itu termasuk seorang yang bertindak membuka gerai burger, dilapor berbuat demikian sebagai tanda marah selepas mengalami kerugian susulan perhimpunan bertukar ganas yang dianjurkan NGO pimpinan Ambiga di ibu kota pada 28 April lalu. Mengulas lanjut, Khalid turut mencadangkan agar Ambiga mengambil tindakan saman terhadap peniaga burger terbabit jika tindakannya mengganggu privasi.

Check Also

stadium baru JDT

Gambar Rekabentuk Dan Konsep Stadium Baru JDT

Gambar Rekabentuk Dan Konsep Stadium Baru JDT. Satu majlis pelancaran rekabentuk dan konsep stadium bola …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *