Breaking News
Home » Info Sukan » Pengumuman Siaran Langsung Piala FA TV3 Dan Tv9

Pengumuman Siaran Langsung Piala FA TV3 Dan Tv9

Pengumuman Siaran Langsung Piala FA TV3 Dan Tv9. Mungkin ramai yang kecewa apabila tidak dapat menikmati siaran langsung perlawanan terpilih saingan Piala FA 2015 minggu lalu. Hari ini 2.3.2015 pula pasti lagi ramai mengharapkan ada siaran langsung pertemuan Pahang vs JDT di Stadium Darulmakmur.

Mungkin memahami rintihan dan tidak mahu peminat bolasepak terus tertanya-tanya, pihak Tv3 dan Tv9 dibawah Media Prima telah mengeluarkan satu kenyataan di laman sosial mereka berkaitan siaran langsung ini. Jika tiada siaran langsung, live streaming Pahang vs JDT pun tak ada juga di tonton.com.my .

Pihak TV3 dan Tv9 memaklumkan bahawa mereka tidak dapat menyiarkan siaran langsung perlawanan Piala FA pusingan awal kerana mereka tiada hak penyiaran. Jadi dengan pengumuman ini, peminat dan penyokong boleh memahami keadaan.

UPDATE : SIARAN LANGSUNG DAN STREAMING FINAL PIALA FA 23 MEI 2015

siaran langsung Piala FA 2015
siaran langsung Piala FA 2015

Siapa yang dapat hak siaran ? persoalan yang tidak boleh dijawab. Tapi bagi peminat yang berhampiran dengan stadium, jom penuhkan stadium. Buat yang jauh tu bersabar je lah.

Malam ini Pahang vs JDT pasti menjanjikan kehangatan kerana Pahang pasti ingin menebus kekalahan ketika saingan Piala Sumbangsih dan juga mahu mempertahankan Piala FA yang dimenangi tahun lalu.

Rumusannya..tiada siaran langsung atau live streaming..jom ke stadium sahaja..support local team.

sumber FB tv9

Check Also

Katharsis Album Terbaru Kumpulan Search

Katharsis Album Terbaru Kumpulan Search

Katharsis Album Terbaru Kumpulan Search. Lagenda kini kembali. Itu sudah pasti ungkapan peminat tegar muzik …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *