Home » Info Sukan » Penghujung Musim EPL 2013-2014

Penghujung Musim EPL 2013-2014

Liga Perdana Inggeris Musim 2013-2014 – Liga Perdana Inggeris EPL bakal melabuhkan tirai untuk musim 2013-2014 hari ini. Dengan 10 perlawanan terakhir akan berlangsung pada jam 10.00 malam waktu Malaysia 11 Mei 2014. Tumpuan kini tertumpu kepada kejuaraan EPL dan pasukan yang akan tersingkir dari liga elit ini. 
Kejuaraan Liga EPL menjadi rebutan Manchester City dan Liverpool untuk musim ini. Kelebihan kini kepada Man City dimana mereka hanya memerlukan sekurang-kurangnya keputusan seri namun perlawanan terakhir mereka menentang West Ham United bukanlah tugas sukar untuk menang. Pencabar terdekat , Liverpool mempunyai peluang namun tipis. Mengharapkan Man City tewas dan dalam masa yang sama mereka perlu menewaskan Newcastle. 
Perebutan tempat ketiga juga penting melibatkan Chelsea dan Arsenal. Namun Chelsea dilihat mampu mengisi tempat ketiga walaupun tewas dalam perlawanan terakhir. Beza tiga mata dari Arsenal mungkin sukar digugat andai Chelsea tewas sekalipun dimana Arsenal perlu menang besar untuk mengatasi Chelsea. Kenapa tempat ketiga juga penting ? Sebab kedudukan ketiga EPL akan melayakan pasukan ke Liga Juara Juara Eropah Champions League tanpa melalui pusingan playoff. Tempat keempat juga layak namun perlu melalui pusingan playoff.
Selain itu kedudukan terbawah liga EPL juga menjadi tumpuan , dengan dua pasukan telah pun tersingkir ke bahagian satu iaitu Fulham dan Cardiff. Satu lagi slot bakal diisi oleh West Bromwich atau Norwich City. Namun West Brom berkelebihan 3 mata dari Norwich yang kini berada di tangga 18. West Brom perlu menang untuk terus kekal dan Norwich juga perlu menang dengan jaringan besar tetapi bergantung kepada keputusan perlawanan terakhir West Brom.

Check Also

kanser usus

Awas Penyakit Ini Menyerang Siapa Sahaja

Awas Penyakit Ini Menyerang Siapa Sahaja. Tahukah anda bahawa kanser kolorektal atau lebih dikenali kanser …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *