Breaking News
Home » Berita » Pengerusi Eksekutif NFC Didakwa

Pengerusi Eksekutif NFC Didakwa

Pengerusi Eksekutif NFCorp didakwa | NFC – Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail yang juga Pengerusi Eksekutif Perbadanan Fidlot Nasional (NFCorp) hari ini didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas empat kes pecah amanah dan Akta Syarikat membabitkan wang berjumlah melebihi RM49 juta.Bagi kesalahan pecah amanah, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan serta juga boleh dikenakan denda.Bagi kesalahan mengikut Akta Syarikat tertuduh didakwa mengikut Seksyen 132(2)(a) Akta Syarikat 1965 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 132 (3) akta sama yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda RM30,000.

Datuk Seri Dr Mohamad Salleh mengaku tidak bersalah bagi semua tuduhan.Turut hadir ialah isterinya ,Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang mengikuti proses pendakwaan di dalam mahkamah.

sumber BH Online

Check Also

stadium baru JDT

Gambar Rekabentuk Dan Konsep Stadium Baru JDT

Gambar Rekabentuk Dan Konsep Stadium Baru JDT. Satu majlis pelancaran rekabentuk dan konsep stadium bola …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *