Breaking News
Home » Berita » Pengerusi Eksekutif NFC Didakwa Atas Empat Pertuduhan

Pengerusi Eksekutif NFC Didakwa Atas Empat Pertuduhan

Pengerusi Eksekutif NFCorp didakwa | Pengerusi NFC Di Dakwa Atas 4 Pertuduhan – Isu hangat yang sering diperkatakan sekarang iaitu isu NFC.Hari ini Pengerusi Eksekutif NFCorp Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail di dakwa di mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas empat pertuduhan pecah amanah dan Akta Syarikat membabitkan wang berjumlah melebihi RM49 juta.Bagi kesalahan pecah amanah, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan serta juga boleh dikenakan denda.Bagi kesalahan mengikut Akta Syarikat tertuduh didakwa mengikut Seksyen 132(2)(a) Akta Syarikat 1965 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 132 (3) akta sama yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda RM30,000.
Turut hadir ialah isterinya, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dan Anak sulung mereka, Wan Shahinur Izmir.Isu NFC timbul apabila Laporan Ketua Audit Negara 2010 pada Oktober tahun lalu yang menyentuh mengenai prestasi projek ternakan lembu yang diusahakan syarikat itu di Gemas, Negeri Sembilan.
Mahkamah menetapkan ikat jamin terhadap Mohamad Salleh berjumlah RM500,000 dengan tarikh sebutan kes ditetapkan 13 April ini.

sumber

Check Also

Katharsis Album Terbaru Kumpulan Search

Katharsis Album Terbaru Kumpulan Search

Katharsis Album Terbaru Kumpulan Search. Lagenda kini kembali. Itu sudah pasti ungkapan peminat tegar muzik …

2 comments

  1. thanks atas info……

    awak ..nak ajak join

    nak tau sebabnya tengok sini: 8 SEBAB KENA JOIN RAKANBLOG.COM

    http://mayadiana82.blogspot.com/2012/03/rakan-blog-malaysia-tutorial.html

  2. nice share
    site

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *