Breaking News
Home » Berita » Penerima BR1M Bakal Disenarai Hitam

Penerima BR1M Bakal Disenarai Hitam

Penerima BR1M Bakal Disenarai Hitam. Awas jika anda pernah membuat tuntutan atau menerima BR1M berulang dan masih tidak memulangkan wang yang diterima. Jika anda sebahagian dari mereka yang diatas, anda berisiko disenarai hitamkan.

Semakan Status Br1m

Menurut Kementerian Kewangan , seramai 4,771 penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) berisiko disenarai hitam jika mereka tidak mengembalikan lebihan bayaran kepada kementerian itu. Jumalah itu merupakan 72.5 peratus daripada 6,577 penerima yang membuat penunaian lebih daripada sekali membabitkan jumlah RM3.34 juta, bagi tempoh 2012 hingga 2014.

Kementerian Kewangan telah mengeluarkan surat peringatan kepada yang berkenaan dan mereka boleh menghubungi Sekretariat BR1M bagi tujuan pemulangan lebihan bayaran masing-masing. Sehingga setakat ini sebanyak RM948,850 dapat dikutip semula daripada 1,806 penerima.

Rekod pembayaran BR1M
2012 – RM2.09 bilion
2013 – RM2.83 bilion
2014 – RM3.64 bilion

sumber Mstar

Check Also

Jadual Pembayaran BR1M 2017

Jadual Tarikh Pembayaran BR1M 2017

Jadual Tarikh Pembayaran BR1M 2017. Bayaran Bantuan Rakyat 1 Malaysia ( BR1M ) diteruskan lagi …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *