Breaking News
Home » Berita » Pendirian Kerajaan Negeri Sembilan Dalam Isu Vape

Pendirian Kerajaan Negeri Sembilan Dalam Isu Vape

Beberapa negeri telah pun membuat pengumuman berkaitan isu vape sama ada pengharaman penggunaan atau penjualan di premis-premis. Pendirian Kerajaan Negeri Sembilan Dalam Isu Vape setelah mengambil kira keputusan Majlis Muzakarah Kebangsaan berkaitan aktiviti menghisap vape.

Dibawah adalah kenyataan keputusan Kerajaan Negeri Sembilan berkaitan penggunaan dan penjualan vape oleh Menteri Besar YAB. Dato’ Seri Utama Haji Mohamad Haji Hasan pada 6 Januari 2016 dalam satu sidang akhbar.

Pendirian Kerajaan Negeri Sembilan Tentang isu Vape
Pendirian Kerajaan Negeri Sembilan Tentang isu Vape

Isu Menghisap VAPE
– Setelah mendengar taklimat dari Kementerian Kesihatan, vape jelas memudaratkan kesihatan. Ianya berasaskan kepada hukum yang terkandung di dalam Al-Quran.
– Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan telah memutuskan pertimbangan dan penyelarasan yang merujuk kepada keputusan Majlis Muzakarah Kebangsaan iaitu mengharamkan penghisapan vape kepada orang Islam dan ianya tidak membabitkan dan melibatkan orang bukan Islam dan bangsa lain yang bukan beragama Islam.
– Terpulang kepada orang Islam sama ada mereka seorang Islam yang mematuhi syariah Islam atau tidak.

Isu Menjual VAPE
– Kerajaan Negeri Sembilan mengambil keputusan dengan mengambil kira kepentingan kaum dan bangsa lain yang menghisap vape.
– Malaysia sebuah negara berbilang kaum dan bangsa yang telah hidup bersama dan saling hormat menghormati di antara satu sama lain di samping menjaga perpaduan dan bertoleransi.
– Penjualannya tidak diputuskan untuk tidak boleh menjual sehingga Badan Berkuasa daripada Kerajaan Persekutuan menyatakan ianya haram dijual, maka Kerajaan Negeri mengambil ketetapan sama.
– Misalnya, Kerajaan Persekutuan menyatakan ianya haram dan tidak boleh dijual secara terbuka, Kerajaan Negeri Sembilan akan mengambil ketetapan sama seperti yang diperuntukkan.
– Sekiranya Kerajaan Persekutuan menyatakan ianya tidak boleh dijual kepada mereka berumur bawah 18 tahun, Kerajaan Negeri akan mengambil pertimbangan dan ketetapan sama.
Kesimpulan
– Orang ramai tidak perlu mempolemikkan vape kerana terdapat isu-isu yang berbeza, iaitu dari segi penghisapan vape dan dari segi penjualan vape.
– Kerajaan Negeri menerima pakai keputusan Jawatankuasa Fatwa dan Majlis Muzakarah Kebangsaan bahawasanya menghisap vape adalah haram di sisi agama Islam.
– Kerajaan Negeri tidak pula dan mengarahkan untuk menutup perniagaan bagi mereka yang sedia menjual vape di negeri ini.

sumber N9Xpress

Check Also

keputusan Liga Super 26 April 2017

Keputusan Liga Super 26 April 2017

Keputusan Liga Super 26 April 2017. Saingan diteruskan dengan enam perlawanan berlangsung. Beberapa venue juga …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *