Breaking News
Home » Uncategorized » Pendaftaran | Borang Bantuan RM500 Mulai 10 Disember 2011

Pendaftaran | Borang Bantuan RM500 Mulai 10 Disember 2011

Pendaftaran Bantuan Isi Rumah | Borang Bantuan RM500 | Tarikh Borang RM500 Keluar | Cara Daftar Bantuan Isi Rumah Rm500 | Kelayakan Memohon | Definasi Isi Rumah | Bantuan Rakyat RM500 – Untuk pengetahuan semua dan kepada yang layak , borang pendaftaran permohonan Bantuan Tunai RM500 akan dibuat mulai 10 Disember ini untuk tempoh satu bulan.Borang pendaftaran bantuan isi rumah Rm500 boleh didapati secara percuma mulai 10-12-2011 di Jabatan Pembangunan Persekutuan, Pejabat Cawangan dan Pusat Khidmat Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM), serta agensi-agensi Kerajaan.Borang pendaftaran bantuan isi rumah RM500 yang lengkap diisi berserta salinan kad pengenalan, hendaklah diserah untuk proses pendaftaran di Jabatan Pembangunan Persekutuan/Negeri, sekolah-sekolah terpilih serta pejabat-pejabat cawangan LHDNM.
Untuk itu secara bayaran akan mula dibayar kepada yang layak pertengahan bulan Januari 2012 setelah segala pendaftaran selesai.Bantuan RM500 seperti yang dibentangkan dalam belanjawanan 2012 ini melibatkan dana RM2.6 billion serta membabitkan kira-kira 5.2 juta isi rumah seluruh Malaysia.
Definisi isi rumah – Isi rumah yang layak memohon adalah merujuk kepada seorang lelaki atau wanita yang menjadi ketua kepada ahli yang tinggal serumah atau ketua keluarga.
Siapa yang layak memohon – Ketua isi rumah merangkumi individu berkahwin, termasuk anak yang berkahwin dan tinggal bersama ibu bapa; ibu atau bapa tunggal yang mempunyai tanggungan; individu (bujang, duda, ibu tunggal) bujang yang mempunyai tanggungan; dan warga emas sebatang kara.Ketua isi rumah yang berkerja sendiri juga layak untuk memohon.

Check Also

stadium baru JDT

Gambar Rekabentuk Dan Konsep Stadium Baru JDT

Gambar Rekabentuk Dan Konsep Stadium Baru JDT. Satu majlis pelancaran rekabentuk dan konsep stadium bola …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *