Breaking News
Home » Berita » Penangguhan Ujian Bahasa Inggeris UPSR Tahun 2014

Penangguhan Ujian Bahasa Inggeris UPSR Tahun 2014

Kenyataan Akhbar Lembaga Peperiksaan Malaysia Penangguhan Ujian Bahasa Inggeris Ujian Pencapaian Sekolah Rendah UPSR Tahun 2014 – Seperti semua sedia maklum setelah penangguhan Ujian Kertas Sains UPSR semalam akibat kebocoran kertas soalan , hari ini Lembaga Peperiksaan membuat satu lagi kenyataan akhbar untuk penangguhan kertas UPSR Bahasa Inggeris atas alasan yang sama.

Lembaga Peperiksaan Malaysia

KENYATAAN AKHBAR LEMBAGA PEPERIKSAAN
 
PENANGGUHAN UJIAN MATA PELAJARAN BAHASA INGGERIS
UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH (UPSR) TAHUN 2014
 
 
Adalah dimaklumkan bahawa Lembaga Peperiksaan (LP), Kementerian Pendidikan Malaysia telah menerima laporan bahawa Kertas Peperiksaan Bahasa Inggeris 014/1 dan Bahasa Inggeris 014/2 bagi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2014 yang dijadualkan berlangsung pada tarikh 11 September 2014 telah didapati bocor. Lembaga Peperiksaan telah menjalankan siasatan dan mendapati perkara ini adalah benar.
 
Sehubungan dengan ini, Lembaga Peperiksaan memaklumkan bahawa kertas peperiksaan Bahasa Inggeris 014/1 dan Bahasa Inggeris 014/2 bagi UPSR tahun 2014 yang dijadualkan pada 11 September 2014 adalah DIBATALKAN. Tarikh baharu bagi peperiksaan Bahasa Inggeris 014/1 dan Bahasa Inggeris 014/2 adalah pada 30 September 2014 bersekali dengan Science 018, 028 dan 038.
 
Dengan perkembangan terbaharu ini, LP akan membuat siasatan atas semua dakwaan kebocoran kertas peperiksaan. Ini adalah bagi memastikan kepercayaan umum terhadap kesahan dan kebolehpercayaan keputusan yang dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan tidak terjejas.  LP akan bekerjasama dengan pihak berkuasa untuk mengenalpasti pihak yang bertanggung jawab dan seterusnya membawa mereka ke muka pengadilan.
 

Untuk mendapatkan maklumat yang tepat berhubung peperiksaan UPSR 2014, sila layari portal Lembaga Peperiksaan di alamat www.moe.gov.my/lp

Pengarah Peperiksaan
Lembaga Peperiksaan
Kementerian Pendidikan Malaysia

11 September 2014

sumber dari laman moe.gov.my/lp

Check Also

7 perpindahan tertinggi pemain bolasepak dunia

7 Perpindahan Termahal Dunia Dalam Bolasepak

7 Perpindahan Termahal Dunia Dalam Bolasepak. Dunia bolasepak sering dikejutkan dengan perpindahan yang mahal yang …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *