Breaking News
Home » Info Sukan » Penamat Yang Mendebarkan

Penamat Yang Mendebarkan

Semakin menuju ke kemuncak saingan, semakin mendebarkan. Pihak yang melakukan kesilapan bakal berputih mata. Tiada apa yang boleh memberi kejayaan selain dari menang dan menang untuk memastikan cengkaman tidak longlai. Kes apakah ? bukan cerita filem pun, hanya sedikit preview untuk penamat EPL musim ni. 
Tiga pasukan masih dalam saingan namun dua yang berpeluang cerah. Man City , Liverpool dan Chelsea. Man City kembali menguasi tempat teratas setelah menang 3-2 keatas Everton semalam. Ketiga-tiga pasukan mempunyai baki 2 perlawanan lagi sebelum saingan EPL melabuhkan tirai.
Chelsea mungkin mempunyai harapan yang sedikit tipis tapi dalam bolasepak apa pun boleh berlaku. Kekurangan dua mata dari Man City dan Liverpool mungkin sesuatu yang sukar untuk dipintas dengan baki dua perlawanan. Chelsea cuma boleh mengharapkan Man City dan Liverpool tewas kedua dua perlawanan sambil mereka tidak boleh kalah dalam dua perlawanan terakhir. Sukar !!!
Man City dan Liverpool kini terikat dengan jumlah mata yang sama iaitu 80. Namun mereka bakal berdepan lawan yang berbeza dalam dua perlawanan terakhir. Man City bakal berdepan dengan Aston Villa dan West Ham dalam dua perlawanan terakhir. Liverpool pula bakal berdepan Crystal Palace dan perlawanan yang sedikit sukar menentang Newcastle dalam perlawanan terakhir di Anfields.
Liverpool atau Manchester City ? atau mungkinkah Chelsea bakal membuat kejutan saat akhir walaupun Jose Mourinho menyatakan bahawa pasukannya memang tiada harapan. 

kedudukan liga EPL disini 

Check Also

stadium baru JDT

Gambar Rekabentuk Dan Konsep Stadium Baru JDT

Gambar Rekabentuk Dan Konsep Stadium Baru JDT. Satu majlis pelancaran rekabentuk dan konsep stadium bola …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *