Home » Berita » Pembunuhan Nurul Nadirah 3 Suspek Bakal Di Dakwa

Pembunuhan Nurul Nadirah 3 Suspek Bakal Di Dakwa

Pembunuhan Nurul Nadirah | Kes Pembunuhan Dirang | Rangka Mayat Rentung  | Kes Bunuh – Seperti yang semua sedia maklum bahawa Ujian DNA telah mengesahkan bahawa rangka rentung yang ditemui di ladang kelapa sawit Nusa Damai adalah kanak-kanak yang dilaporkan hilang dari rumahnya di Flat Seri Delima dua minggu yang lalu.Pihak polis telah menahan empat suspek termasuk bapa kandung mangsa dan sepasang suami isteri untuk membantu siasatan.
Menurut beberapa laporan akhbar hari ini pihak Polis sedang dalam proses menyiapkan kertas siasatan untuk mendakwa suspek yang membunuh dan membakar Nur Nadirah Abdullah atau lebih dikenali sebagai Dirang.Pihak polis sedang menunggu laporan dari jabatan kimia untuk menyiapkan kertas siasatan dan akan dikemukakan kepada pihak pendakwa raya untuk tindakan selajutnya.Tiga dari empat suspek yang ditahan didapati positif dadah jenis metamphetamine dan “ice”. Dua dari suspek tersebut juga didapati mempunyai rekod jenayah untuk kes dadah dan curi.
Harap siasatan cepat selesai dan pembunuh segera dihadapkan ke mahkamah untuk hukuman yang setimpal dengan perbuatan yang kejam ini.

Al-fatihah buat Nurul Nadirah @ Dirang.

Check Also

kanser usus

Awas Penyakit Ini Menyerang Siapa Sahaja

Awas Penyakit Ini Menyerang Siapa Sahaja. Tahukah anda bahawa kanser kolorektal atau lebih dikenali kanser …

3 comments

  1. takziah pda keluarga arwah dan harap pmbunuh dapat hukuman yg setimpal..huhu

  2. Al-Fatihah..semoga arwah tenang disana…Harap2 pembunuh tu dihukum bunuh..kejam!

  3. Azhafizah[フィザ]

    Al fatihah

    takziah untuk keluarga arwah..

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *