Breaking News
Home » Info Sukan » Pemain Man Utd Bakal Dipenjarakan Kerana Atur Perlawanan

Pemain Man Utd Bakal Dipenjarakan Kerana Atur Perlawanan

Pemain Man Utd Ander Herrera Bakal Dipenjarakan Kerana Atur Perlawanan. Begitu dalam satu kenyataan yang dipetik dari aduan jenayah badan anti rasuah Sepanyol di Valencia. Siapakah pemain Manchester United itu ? Menurut senarai itu seramai 41 pemain, pengurus dan pengarah pasukan telah didakwa terlibat dalam kes yang dikendalikan oleh Pendakwaraya Sepanyol, Alejandro Luzon.

Dari senarai 41 orang itu, nama pemain tengah Man Utd Ander Herrera turut tersenarai. Mungkin ini satu kejutan buat peminat Man Utd. Namun kes ini dalam siasatan lagi. Kes ini bukan berlaku semasa Ander bersama Man Utd tapi ketika dia masih bermain di Liga BBVA La Liga.

Pesalah mengatur perlawanan boleh dipenjara atau disekat daripada terlibat dalam bola sepak selama enam tahun. Setakat ini 25 dari senarai itu telah disoal siasat sementara menunggu kes dibawa ke mahkamah.

Ander Herrera

Kita tunggu dan lihat sahaja perkembangan selanjutnya kes Ander Herrera ini.

sumber diolah dari Mstar Online

Check Also

stadium baru JDT

Gambar Rekabentuk Dan Konsep Stadium Baru JDT

Gambar Rekabentuk Dan Konsep Stadium Baru JDT. Satu majlis pelancaran rekabentuk dan konsep stadium bola …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *