Breaking News
Home » Berita » Pemain JDT Tidak Mengaku Salah Kes Curi RM500

Pemain JDT Tidak Mengaku Salah Kes Curi RM500

JDT | Kes Curi RM500 Bekas Pemain JDT – Bekas pemain bolasepak JDT yang disingkirkan baru baru ini atas tuduhan mencuri RM500 duit rakan sepasukan mengakui tidak bersalah semasa dihadapkan di Mahkamah Majistret Johor Bahru. Mohammad Hadin mengaku tidak bersalah atas pertuduhan melakukan kesalahan itu di dalam bilik persalinan pemain di padang bola Seri Gelam 1 April lalu. 
Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM3000 dan sebutan kes ditetapkan pada 25 Mei 2014. Pertuduhan mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga lima tahun atau dengan denda atau kedua-duanya.

Check Also

carta keputusan Liga Super 2018

Keputusan Liga Super 10 Februari 2018

Keputusan Liga Super 10 Februari 2018. Empat perlawanan Unifi Liga Super Malaysia 2018 berlangsung. Keputusan …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *