Breaking News
Home » Info Sukan » Pemain Bolasepak Ditahan Isu Seks Bawah Umur

Pemain Bolasepak Ditahan Isu Seks Bawah Umur

Pemain Bolasepak Ditahan Isu Seks Bawah Umur. Pemain bolasepak Liga Perdana Inggeris EPL kelab Sunderland, Adam Johnson ditahan pihak polis atas tuduhan melakukan seks dengan gadis bawah umur.

Menurut laporan itu, pemain bola sepak England dan Sunderland, Adam Johnson ditahan polis kerana disyaki mengadakan hubungan seks dengan gadis berusia 15 tahun. Polis Durham berkata pemain berusia 27 tahun itu disoal di balai berdekatan rumahnya di County Durham tapi kemudian dibebaskan dengan jaminan.

Adam Johnson menyertai akademi remaja Middlesbrough dan membuat kemunculan senior pada usia 17 tahun dalam perlawanan Piala UEFA pada 2005. Dia ditahan ketika bersiap sedia bersama pasukan untuk berkunjung ke Hull City untuk perlawanan EPL.

Menurut sumber kelab Sunderland, pemain itu akan digantung sehingga semua siasat kes seks itu selesai.

adam johnson
adam johnson ditahan terbabit kes hubungan seks bawah umur

England and Sunderland footballer Adam Johnson has been arrested on suspicion of having sexual activity with a 15-year-old girl.

Check Also

Katharsis Album Terbaru Kumpulan Search

Katharsis Album Terbaru Kumpulan Search

Katharsis Album Terbaru Kumpulan Search. Lagenda kini kembali. Itu sudah pasti ungkapan peminat tegar muzik …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *