Breaking News
Home » Berita » Pelatih PLKN Terlibat Banjir Boleh Lapor Diri Lewat

Pelatih PLKN Terlibat Banjir Boleh Lapor Diri Lewat

PLKN | Pelatih PLKN Kumpulan 1 Siri 9/2012 | Lapor Lewat Ikuti PLKN – Sedikit info untuk pelatih PLKN Kumpulan 1 Siri 9/2012 yang terlibat dengan banjir yang sedang melanda beberapa negeri sekarang.Pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang terlibat dengan banjir dibenarkan melapor diri lewat di pusat berkumpul jika kawasan mereka dilanda banjir.Untuk membolehkan pelatih melapor lewat,pelatih perlu mendapatkan surat pengesahan daripada Pusat Pemindahan Banjir atau mana-mana bilik gerakan banjir.

Selain itu pelatih PLKN kumpulan 1 Siri 9/2012 yang terlibat dengan banjir juga dibenarkan menukar kumpulan kepada kumpulan 2 atau kumpulan 3 tahun 2012.Pelatih boleh menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan Jabatan Latihan Khidmat Negara di talian 03-40274747 untuk keterangan lanjut.

Note : Tarikh melapor diri bagi kumpulan 1 Siri 9/2012 PLKN bermula 1 hingga 3 Januari 2012.

Check Also

7 perpindahan tertinggi pemain bolasepak dunia

7 Perpindahan Termahal Dunia Dalam Bolasepak

7 Perpindahan Termahal Dunia Dalam Bolasepak. Dunia bolasepak sering dikejutkan dengan perpindahan yang mahal yang …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *