Breaking News
Home » Info Sukan » Pelari Pecut Paralimpik Maut Kemalangan

Pelari Pecut Paralimpik Maut Kemalangan

Pelari Pecut Paralimpik Maut Kemalangan. Mohamad Azlan Mat Lazim yang dianggap permata bagi atlit paralimpik maut dalam satu kemalangan jalanraya di Serdang Jaya hari ini. Allahyarham yang berasal dari Kemaman , Terengganu maut dalam kemalangan yang berlaku jam 1.45 tengahari.

Dalam kejadian itu, Allahyarham Mohamad Azlan Mat Lazim dikatakan membonceng motosikal dalam perjalanan pulang bersama rakan setelah selesai makan tengahari. Jenazah di hantar ke Hospital Serdang.

Pada Sukan Asia di Incheon, Korea Selatan 2014, Allahyarham Azlan meraih tiga pingat emas menerusi acara 100 meter lelaki, 200 meter lelaki dan 400 meter lelaki dalam kategori kecacatan T38.

Mohamad Azlan Mat Lazim
Kenangan, Mohamad Azlan Mat Lazim disambut kedua ibu bapanya ketika pulang dari Sukan Paralimpik Asia , Incheon Korea Selatan dimana Allahyarham ,menang tiga pingat emas. Foto BH Online

Check Also

Katharsis Album Terbaru Kumpulan Search

Katharsis Album Terbaru Kumpulan Search

Katharsis Album Terbaru Kumpulan Search. Lagenda kini kembali. Itu sudah pasti ungkapan peminat tegar muzik …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *