Home » Pelancongan » Pelancongan Senarai Hutan Lipur Negeri Sembilan

Pelancongan Senarai Hutan Lipur Negeri Sembilan

Pelancongan Senarai Hutan Lipur Negeri Sembilan. Kepada anda yang ingin menikmati alam semulajadi ketika bercuti, ada beberapa lokasi hutan lipur di Negeri Sembilan yang menarik untuk anda kunjungi. Antara hutan Lipur yang menarik adalah Ulu Bendol, Jeram Toi, Serting Hulu, Gunung Datuk , Gunung Tampin, Jeram Tengkek , Batu Maloi dan banyak lagi.

Dibawah Mysensasi kongsikan info beberapa hutan lipur yang menarik untuk anda terjah bersama keluarga, rakan-rakan atau aktiviti berkumpulan lain.

ULU BENDUL

Ulu Bendol
Ulu Bendol

Ulu Bendul terletak di antara laluan utama Kuala Pilah – Seremban. Ulu Bendol terletak di kawasan Hutan Simpan Gunung Angsi yang mempunyai hutan jenis Diterokarp Pamah. Tarikan di hutan lipur ini adalah aktiviti mendaki Gunung Angsi yang juga merupakan sebahagian dari Banjaran Titiwangsa. Ketinggian Gunung Angsi adalah 825 meter. Selain itu Ulu Bendul adalah kawasan reakrasi dan mandi manda.

HUTAN LIPUR JERAM TOI

jeram toi
jeram toi

Jeram Toi terletak dikawasan Hutan Simpan Berembun. Jarak perjalanan dari Seremban hanya mengambil masa selama 15 minit manakala dari Kuala Klawang 10 minit.

JERAM TENGKEK

jeram tengkek
jeram tengkek

Kawasan hutan lipur sekitar Jeram Tengkek terkenal dengan berbagai spesies tumbuhan flora dan fauna. Sesuai untuk kawasan riadah keluarga dengan berbagai kemudahan asas disediakan.

GUNUNG DATUK

gunung datuk
gunung datuk

Bagi yang berminat dengan aktiviti lasak, anda boleh mencuba Gunung Datuk yang terletak di daerah Rembau. Ketinggian Gunung Datuk melebihi 2900 kaki. Selain itu Gunung Datuk juga terkenal dengan berbagai cerita lagenda melayu.

Inilah antara hutan lipur yang dapat dikongsikan, banyak lagi kawasan menarik yang boleh anda kunjungan di Negeri Sembilan yang kaya denga adat perpatih. Untuk maklumat lanjut dan lebih info lain-lain tempat menarik hubungi

Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan

Tingkat 4 Blok C, Wisma Negeri ,

70503, Seremban, Negeri Sembilan.

Telefon : 06-7659801

Faks : 06-7623711

 

Check Also

kanser usus

Awas Penyakit Ini Menyerang Siapa Sahaja

Awas Penyakit Ini Menyerang Siapa Sahaja. Tahukah anda bahawa kanser kolorektal atau lebih dikenali kanser …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *