Home » Info Hiburan » Sinopsis Sayang Papa Saya Tak Di Astro Ria

Sinopsis Sayang Papa Saya Tak Di Astro Ria

Sinopsis Sayang Papa Saya Tak adalah drama terbaru yang akan disiarkan di Astro Ria saluran 104 dan Astro Ria HD saluran 123 bermula 9 Januari 2017. Akan mengandingkan barisan pelakon hebat diterajui Hisyam Hamid dan Emma Maembong sebagai pelakon utama.

Drama Sayang Papa Saya Tak bersiaran sebanyak 16 episod Isnin-Khamis, 10.00 malam merupakan adaptasi dari novel karya Hanni Ramsul yang diterbitan oleh Suhan Movies & Trading arahan oleh Amie Maziah.

sayang papa saya tak
Drama Sayang Papa Saya Tak mengandingkan Hisyam Hamid dan Emma Maembong bermula 9 januari 2017 di Astro Ria

Sinopsis Sayang Papa Saya Tak

Drama ini berkisar tentang Raisya yang juga seorang gadis muda yang spontan, selamba dan mata duitan. Raisya yang enggan menyambung pelajaran, nekad melarikan diri dari rumah anak yatim yang dihuninya dan mula bekerja sebagai pengasuh bayi di rumah keluarga Farish.

Kecekapan dan keikhlasan Raisya menjaga Qalish menyentuh hati tua ibu Farish, lalu dia mengatur rancangan supaya Farish mengahwini Raisya. Farish yang murung sejak kematian bekas isterinya telah didesak oleh ibunya untuk mengahwini Raisya demi masa depan Qalish. Raisya pula bersetuju berkahwin dengan imbuhan RM100,000. Dicap sebagai mata duitan oleh suami sendiri tidak berbekas di hati Raisya kerana yang lebih penting adalah sumbangannya kepada Rumah Asuhan Budi.

Mereka berkahwin dan mula mencipta kisah yang penuh warna-warni dalam rumah tangga mereka. Saling mengenali satu sama lain, Raisya memberi impak positif untuk dia bangkit semula. Perlahan-lahan dia mula jatuh cinta untuk kali kedua, memberi ruang untuk Raisya sesuaikan diri sebagai seorang isteri. Namun emosi Raisya terdera dengan kehadiran Azyan, kawan baik arwah bekas isteri farish dan juga Aleya, bakal tunang Fakhrul, adik kembar Farish yang turut meninggal dunia bersama Kasih.

Apakah kesudahan kisah Raisya bersama Farish? Saksikan drama Sayang Papa Saya Tak bermula 9 januari di Astro Ria.

Senarai Pelakon Sayang Papa Saya Tak

Hisyam Hamid, Emma Maembong, Seri Aileen, Wan Sharmila, Izara Aishah, Aida Khalida, Luqman Hafidz, Sweet Farhanna Qismina, Eleena Sui, Haleeda Mazlin, Fahad Iman

Check Also

sinopsis Drama Cucu Tauke Beras

Drama Cucu Tauke Beras

Sebuah lagi drama menarik akan disiarkan menerusi slot dahlia TV3. Drama Cucu Tauke Beras ini …

One comment

  1. tak sayang…kenal pun tidak..hahaha

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *