Breaking News
Home » Info Hiburan » Pelakon Dan Sinopsis Urusan Hati Cik Drama Queen

Pelakon Dan Sinopsis Urusan Hati Cik Drama Queen

Pelakon Dan Sinopsis Urusan Hati Cik Drama Queen. Satu lagi drama menarik yang diadaptasi dari novel akan disiarkan di Astro Ria menerusi saluran Astro Ria 104 dan Astro Ria HD 123. Akan membariskan pelakon-pelakon popular seperti Aiman Hakim dan Scha Alyahya selaku pelakon utama.

Pelakon Dan Sinopsis Urusan Hati Cik Drama Queen

Urusan Hati Cik Drama Queen akan mula bersiaran pada 6 Februari 2017 Isnin-Khamis jam 10.00 malam. Pastikan anda tidak ketinggalan menyaksikan drama arahan Michael Ang dan Hadith Omar hasil adaptasi novel karya Areila Sahimi yang juga menggunakan tajuk yang sama bersama senarai pelakon yang hebat.

Senarai Pelakon Urusan Hati Cik Drama Queen

Berikut adalah senarai pelakon yang akan membintangi Urusan Hati Cik Drama Queen
Scha Alyahya, Aiman Hakim Ridza, Randy Pangalila, Shalma Ainaa, Adriana Adnan, Isyariana, Ozlynn, Ungku Hariz, Ziha Salleh, Sheila Mambo, Nazrief Nazri, Sharul Kamal, Dato Khadijah Ibrahim , Dato Ahmad Tamimi Siregar

Sinopsis Urusan Hati Cik Drama Queen

Drama ini mengisahkan bagaimana Syazlin yang sangat pandai berlakon atau lebih dikenali sebagai ‘drama queen’ dalam apa jua situasi dan perkara. Setiap perkara yang berlaku dalam dirinya dianggap masalah besar. Syazlin sering tidak bernasib baik dalam hubungan cinta. Pada suatu hari Syazlin berjumpa dengan Faris dan jatuh cinta. Namun cintanya ditolak kerana Faris bakal berkahwin dengan orang lain.

Syazlin kemudian bertemu dengan Fadhlan. Mereka berkawan baik dan Syazlin mula jatuh hati. Sekali lagi dia menggunakan pendekatan sama iaitu ingin mengejar dan mendapatkan cintanya itu. Namun cintanya sekali ditolak. Namun dia tetap cuba untuk mendapatkan Fadhlan.

Berjayakah Syazlin untuk mencapai cita-citanya atau dia akan terus gagal dalam bercinta? Saksikan kesudahan Urusan Hati Cik Drama Queen di Astro Ria.

Check Also

Miss Kapten Cikgu Waiz

Senarai Pelakon Drama Miss Kapten Cikgu Waiz

Sinopsis dan Senarai Pelakon Drama Miss Kapten Cikgu Waiz. Pastikan anda tidak ketinggalkan menonton drama …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *