Breaking News
Home » Info Hiburan » Pelakon Dan Sinopsis Suamiku Paling Sweet

Pelakon Dan Sinopsis Suamiku Paling Sweet

Pelakon Dan Sinopsis Suamiku Paling Sweet. Satu lagi drama terbaru dari adaptasi novel akan menemui anda di Slot Akasia TV3. Akan mula bersiaran pada 13 februari 2017 jam 7 malam. Drama sebanyak 28 episod ini akan meletakan Syafiq Kyle dan Mawar Rashid selaku pelakon utama.

pelakon dan sinopsis suamiku paling sweet

Senarai Pelakon Suamiku Paling Sweet

Mawar Rashid, Syafiq Kyle, Nik Adam Mika, Fazren Rafi, Aedy Ashraf, Natasya Mahyan, Amirul Faqeem, Elvina Mohamad, Fazlina Ahmad Daud, Liza Abdullah, Lia Natalia.

Sinopsis Suamiku Paling Sweet

Drama berkisah tentang Qisya yang dipaksa menjadi orang gaji di rumah kawan mamanya. Qisya diminta menjadi pengasuh sementara kepada cucu Puan Fatma iaitu Hafiey. Dalam pada itu satu peristiwa telah mengubah hidupnya bila dia terpaksa menjadi isteri kepada Izz Haikal dan mummy Hafiey.

Qisya tidak boleh menerima kenyataan yang dia sudah berkahwin dengan Izz. Tetapi tidak kepada Izz dimana dia menerima Qisya seadanya. Qisya pada mulanya memberontak sehingga meninggalkan Izz dan Hafiey selepas diijab kabulkan. Setelah dipujuk dan Izz memberi ruang kepadanya untuk menenangkan diri, akhirnya Qisya kembali semula ke pangkuan Izz dan Hafiey dengan syarat tiada seorang pun akan mengungkit pasal peristiwa yang menyebabkan mereka dikahwinkan.

Mampukah mereka hidup bahagia. Mampukah Izz mengubah sikap Qisya terhadapnya. Saksikan kesudahan drama Suamiku Paling Sweet di slot Akasia TV3.

Check Also

Sinopsis drama dia

Sinopsis Drama Dia Di TV3 Lakonan Janna Nick dan Irwansyah

Sinopsis Drama Dia Di TV3 Lakonan Janna Nick dan Irwansyah. Peminat drama pastikan tidak ketinggalan …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *