Home » Berita » Pelakon Cindy Garcia Saman Pengarah Filem Yang Menghina Islam

Pelakon Cindy Garcia Saman Pengarah Filem Yang Menghina Islam

Pelakon Cindy Garcia Saman Pengarah Filem Yang Menghina IslamPelakonĀ yang berlakon dalam filem mengenai Nabi Muhammad yang mencetuskan kemarahan umat Islam akan menyaman pengarah filem terbabit dan berkata skrip asal filem itu bertajuk Desert Warriors, memfokuskan kepada kehidupan 2,000 tahun lalu bukan seperti yang disiarkan dalam Youtube.
20037561_BG2
Cindy Lee Garcia berkata, beliau menghubungi penulis dan pengarah filem itu, yang kini bersembunyi, apabila melihat bantahan dan kenyataan di media. Garcia, yang muncul dalam klip online filem itu, berkata beliau membawa watak wanita yang terpaksa menyerahkan anaknya kepada karakter dinamakan Master George dalam satu adegan. Watak George digambarkan sebagai pemimpin gagah dan kejam.
Namun dalam paparan 13 minit yang ditayangkan di YouTube, karakter Garcia digantikan dalam adegan itu, dengan alih suara karakter itu merujuk kepada Muhammad, bukan George.

Check Also

kanser usus

Awas Penyakit Ini Menyerang Siapa Sahaja

Awas Penyakit Ini Menyerang Siapa Sahaja. Tahukah anda bahawa kanser kolorektal atau lebih dikenali kanser …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *