Breaking News
Home » Berita » Boy Iman Ditahan Polis Berkaitan Penjualan Rumah Murah

Boy Iman Ditahan Polis Berkaitan Penjualan Rumah Murah

Pelakon Boy Iman Ditahan Polis. Mungkin ramai yang telah mengetahui kes Dato Boy Iman ini berkaitan kes penjualan rumah murah yang tidak masuk akal. Kes ini mula menjadi viral apabila pihak Persatuan Pengguna Islam Malaysia ( PPIM ) turut campur tangan setelah menerima banyak aduan dari mangsa.

Datuk Boy Iman
Datuk Boy Iman

Semalam ( 2.9.2017 ) Pihak PDRM telah menahan Pengarah Urusan DBI Properties Datuk Nuruliman A Rahman atau dikenali Boy Iman bersama dua lagi suspek utama di Ampang dan Setapak bagi membantu siasatan berhubung penipuan jualan rumah membabitkan nilai RM6.2 juta.

Selain Boy Iman dua lagi yang ditahan adalah pemilik syarikat Juta Kelulut Global Resources masing-masing berusia 29 dan 45 tahun yang juga suspek utama kes ini.

Pihak polis membuat pemeriksaan di pejabat suspek di Wisma DBI, Ampang dan merampas Nissan Fairlady, BMW E92, tiga telefon pintar, sijil doktor falsafah dari Samaritan Mission International University dan pelbagai dokumen syarikat DBI Properties.

Sebelum itu pihak PDRM telah menerima 188 laporan polis berkaitan penipuan jualan rumah yang dilakukan Syarikat DBI Properties dan Syarikat Juta Kelulut Global Resources.

Menurut kenyataan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Sri Acryl Sani Abdullah Sani,

Berdasarkan siasatan yang dijalankan, didapati syarikat ini menawarkan rumah kepada pembeli dengan harga yang jauh lebih murah daripada pasaran iaitu sekitar RM60,000 untuk sebuah rumah banglo berkeluasan 1,650 kaki persegi. Bagaimanapun, selepas bayaran dilunaskan pembinaan rumah berkenaan tidak dijalankan.

Semua suspek kini ditahan reman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

sumber Harian Metro

Check Also

Katharsis Album Terbaru Kumpulan Search

Katharsis Album Terbaru Kumpulan Search

Katharsis Album Terbaru Kumpulan Search. Lagenda kini kembali. Itu sudah pasti ungkapan peminat tegar muzik …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *