Breaking News
Home » Berita » Pelajar Malaysia Di Minta Keluar Dari Syria

Pelajar Malaysia Di Minta Keluar Dari Syria

Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) tidak akan bertanggungjawab ke atas keselamatan pelajar Malaysia di Syria sekiranya mereka enggan dibawa pulang atau dipindahkan ke Jordan ekoran pergolakan politik yang berterusan di negara itu.Untuk masa ini para pelajar telah dihubungi dan dimaklumkan mengenai risiko yang bakal mereka hadapi jika terus berada di negara yang sedang bergolak tersebut.Penuntut yang enggan balik atau berpindah ke Jordan akan diminta menandatangani surat bagi mengesahkan bahawa mereka tahu akan akibat daripada keputusan mereka itu.
Terdapat 400 pelajar Malaysia di Syria dengan 222 orang telah dibawa pulang sementara 178 orang masih berada di sana.Antara alasan penuntut yang majoritinya mengikuti pengajian agama untuk tidak pulang ialah kerana mereka sedang menuntut di tahun akhir atau akan menghadapi peperiksaan.

Sumber 

Check Also

Katharsis Album Terbaru Kumpulan Search

Katharsis Album Terbaru Kumpulan Search

Katharsis Album Terbaru Kumpulan Search. Lagenda kini kembali. Itu sudah pasti ungkapan peminat tegar muzik …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *