Home » Uncategorized » Pelajar Malaysia Dapat Ugutan Bunuh Di Indonesia

Pelajar Malaysia Dapat Ugutan Bunuh Di Indonesia

Pelajar Malaysia dapat ugutan bunuh di Indonesia gara-gara kekalahan pasukan bolasepak Indonesia kepada Malaysia dalam perlawanan akhir bolasepak sukan Sea 2011.Menurut sumber yang di petik dari BH Online,Ugutan itu yang disebarkan malam tadi melalui pengguna twitter bernama @hikmat_maswara kepada akaun twitter sebahagian besar artis Malaysia selepas keputusan sepakan penalti menentukan Malaysia menang berbunyi: “Tomorrow I will kill Malaysia student at the University of Padjadjaran” di Jatinangor, Bandung.

Persatuan Kebangsaan Pelajar Malaysia di Indonesia tidak memandang ringan ugutan berkenaan dan membuat laporan polis berkaitan perkara itu walaupun pengirim melalui akaun twitter itu memohon maaf atas tulisannya dalam Twitter.Education Malaysia (EM) Indonesia dengan kerjasama Atase Polis dan Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta akan memanjangkan perkara ini kepada Ibu Pejabat Polsi Indonesia untuk tindakan selanjutnya.Pemantauan akan dilakukan demi menjamin keselamatan pelajar di Bandung.

Check Also

Kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah

Teks Sidang Media Penahanan 7 Suspek Kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah

Teks Sidang Media Penahanan 7 Suspek Kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah. Pihak PDRM telah …

One comment

  1. macam ade sedare je di U tersebut. semoga semua pelajar M'sia di situ selamat..

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *