Home » Berita » Pelajar Di Syria Akan Dibawa Pulang

Pelajar Di Syria Akan Dibawa Pulang

Pelajar Malaysia Di Syria Akan Dibawa Pulang – Berdasarkan keadaan yang tidak menentu dan meruncing di Syria , kerajaan Malaysia membuat keputusan untuk membawa pulang semua pelajar Malaysia di Syria. Ini sebagai langkah berjaga-jaga demi keselamatan pelajar dan bagi mengelakkan berlakunya sebarang insiden tidak diingini.

Pemindahan itu diselaraskan oleh Kementerian Luar Malaysia dan Majlis Keselamatan Negara bersama Kedutaan Besar Malaysia di Damsyik. Sehubungan itu, Kementerian Luar memohon kerjasama ibu bapa/penjaga untuk menasihati anak-anak mereka yang masih berada di Syria untuk pulang ke Malaysia.  Turut akan di panggil pulang ada Duta Besar Malaysia dan empat pegawai kedutaan apabila semua proses pemindahan pulang rakyat Malaysia selesai.

Sehingga kini semua 138 rakyat Malaysia yang terdiri daripada 128 pelajardan 10 ekspatriat yang berdaftar dengan Kedutaan Malaysia itu berada dalam keadaan selamat. 

Kementerian Luar sudah membuka Bilik Operasi dan orang awam boleh menghubungi talian 03-88874570 untuk sebarang pertanyaan mengenai proses pemindahan ini. 

Check Also

kanser usus

Awas Penyakit Ini Menyerang Siapa Sahaja

Awas Penyakit Ini Menyerang Siapa Sahaja. Tahukah anda bahawa kanser kolorektal atau lebih dikenali kanser …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *