Breaking News
Home » Uncategorized » PBNS Beri Diskaun RM20 Tiket Final Piala Malaysia

PBNS Beri Diskaun RM20 Tiket Final Piala Malaysia

Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan (PBNS) akhirnya bersetuju memberi diskaun RM20 untuk tiket perlawanan akhir Piala Malaysia yang akan berlangsung 29 Oktober ini.Jadi harga bagi tiket penyokong Negeri Sembilan cuma RM30.Jadilah kan ada gak ikhsan dari PBNS..Terima kasih pada usaha Menteri Besar N.Sembilan yang juga Presiden PBNS..Cayalah Tok Mad…Jadi ini berita gembira buat semua penyokong..jadi sila melompat..hooreyyyyy…hahaha.

Menteri Besar yang juga Presiden PBNS, Datuk Seri Mohamad Hasan, mengumumkan potongan itu selepas mengadakan mesyuarat dengan pegawai PBNS di Seremban malam tadi, susulan bantahan pelbagai pihak terutama penyokong setia skuad itu yang mahukan PBNS campur tangan terhadap langkah FAM menaikkan harga tiket perlawanan akhir itu kepada RM50 berbanding hanya RM30, tahun lalu.Pengurangan itu dibuat demi kepentingan peminat dan penyokong skuad Hoben Jang Hoben yang membantah keras kenaikan itu, bagi membolehkan mereka membanjiri stadium Shah Alam, Sabtu ini, untuk memberikan sokongan padu kepada pasukan Negeri Sembilan.

Tok Mad cakap..Bagi mereka yang sudah membeli tiket pada harga RM50, boleh mendapatkan kembali wang sebanyak RM20 daripada kaunter tiket dengan menunjukkan bukti pembelian, bagaimanapun pengurangan itu hanya kepada mereka yang membeli tiket di Negeri Sembilan saja..

Grrrr : sepatutnya duit PBNS untuk pembangunan bolasepak bukan untuk kantung FAM..tak pasal-pasal PBNS keluar duit demi penyokong..FAM apa tahu!!

Check Also

Katharsis Album Terbaru Kumpulan Search

Katharsis Album Terbaru Kumpulan Search

Katharsis Album Terbaru Kumpulan Search. Lagenda kini kembali. Itu sudah pasti ungkapan peminat tegar muzik …

3 comments

  1. Dunia Realiti a.k.a Elih

    Semuanya pasal duit duit duit !..bagus tengok kat tv je lah..dah ada diskaun ok lah,tapi itupun atas pengorbann PBNS kalau tak? FAM oh FAM..

  2. tindakan yg baik bg diskaun
    masing masing harapkan FAM. tanpa penyokong, kemanalah bola sepak

  3. fam bukan peduli pasal bola..janji duit masyuk…

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *