Breaking News
Home » Berita » PBNJ Sumbang RM250 Ribu Untuk Mangsa Banjir Pantai Timur

PBNJ Sumbang RM250 Ribu Untuk Mangsa Banjir Pantai Timur

PBNJ Sumbang RM250 Ribu Untuk Mangsa Banjir. Persatuan Bolasepak Negeri Johor hari ini mengumumkan akan menyampaikan sumbangan bantuan kepada mangsa banjir di Pantai Timur dan Johor. Majlis penyerahan sumbangan itu akan dibuat esok di Johor Bahru.

Menurut sumber Facebook Johor Southern Tigers yang menjadi laman rasmi bolasepak Johor, majlis penyerahan cek sumbangan bantuan banjir itu akan dihadiri oleh wakil Setiausaha Kerajaan (SUK) Johor, Pahang, Terengganu dan Kelantan.

Majlis sumbangan ini diadakan bersama dengan majlis pelancaran jersi dan memperkenalkan pemain-pemain pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) bagi musim 2015 esok. Tabung untuk orang ramai menghulurkan wang sumbangan turut disediakan bersebelahan khemah Southern Tigers di kaunter ‪#‎PrayForFloodVictims‬ bermula jam 5:00 petang.

PBNJ Sumbang RM250 Ribu Untuk Mangsa Banjir

Check Also

stadium baru JDT

Gambar Rekabentuk Dan Konsep Stadium Baru JDT

Gambar Rekabentuk Dan Konsep Stadium Baru JDT. Satu majlis pelancaran rekabentuk dan konsep stadium bola …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *