Pautan Lucah Di Facebook Sebar Virus

SKMM mengingatkan semua pengguna laman sosial Facebook tidak klik pautan lucah yang bertajuk Gadis Mabuk Setelah Pesta serta Aksi Lucu Gadis Mabuk Teruk yang boleh menyebarkan virus. Pautan itu turut menggunaan gambar berunsur lucah untuk menarik perhatian pengguna.

SKMM meminta pengguna yang menjumpai kandungan sedemikian membuat laporan penyalahgunaan secara terus kepada Facebook di ruangan ‘Report This Post – It’s spam’ di bahagian kanan kandungan berkenaan.

Apabila pengguna klik pautan seperti tajuk diatas mereka akan diminta memasang satu perisian berbentuk ‘plugin’ yang sebenarnya adalah sejenis malware. Jika rasa telah dijangkiti malware, dinasihatkan terus menukar kata laluan akaun facebook secepat mungkin.

Kenyataan SKMM Di Facebook

sumber bernama / FB SKMM