Breaking News
Home » Uncategorized » Patuhi Kontrak Sosial, Jangan pertikai perlembagaan

Patuhi Kontrak Sosial, Jangan pertikai perlembagaan

Presiden UMNO,Datuk Seri Najib Tun Razak memberi mesej tegas dan jelas ketika menyampaikan Ucapan Dasar Presiden pada Perhimpuan Agong UMNO ke 61 semalam.Beliau mengingatkan mengingatkan semua kaum supaya tidak mempersoalkan hak dan kedudukan orang melayu.
Kedudukan istimewa itu tidak boleh diubah meskipun dengan majoriti dua pertiga Parlimen kecuali dengan perkenan Majlis Raja-Raja Melayu.
Hak tersebut dinyatakan dengan jelas dalam artikel Bahagian 3 ( kewarganegaraan ), Perkara 38 (Majlis Raja-Raja ), Perkara 152 ( Bahasa Kebangsaan ) dan Perkara 153 mencakupi rizab kuota perkhidmatan dan permit untuk orang Melayu.
Pindaan terhadap artikel ini tidak boleh dilakukan tanpa persetujuan Majlis Raja-Raja mengikut Perkara 159 Perlembagaan Persekutuan.
Perkara 10 Fasal 4 yang memberi kuasa kepada Parlimen bagi menggubal undang2,melarang perbuatan mempersoal apa2 perkara,hak,taraf,kedaulatan,keistimewaan atau hak kedaulatan yang ditetapkan atau dilindungi oleh peruntukan Bahagian 3,Perkara 152,153 dan perkara 181.

Walaupun perkara keistimewaan orang melayu ini termaktub..tetapi hak dan kedudukan bangsa lain di dalam Perlembagaan tetap terpelihara dan sama rata.

( ini bukan cerita Politik..tapi perkara yang termaktub dalam perlembagaan sejak sekian lama )

Check Also

Katharsis Album Terbaru Kumpulan Search

Katharsis Album Terbaru Kumpulan Search

Katharsis Album Terbaru Kumpulan Search. Lagenda kini kembali. Itu sudah pasti ungkapan peminat tegar muzik …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *