Home » Info Sukan » Patricio Rodriguez Pemain Import Baru JDT

Patricio Rodriguez Pemain Import Baru JDT

Patricio Rodriguez Pemain Import Baru JDT. Pasukan dari selatan tanah air Johor Darul Takzim atau popular dengan panggilan JDT bakal membariskan pemain muda dari Argentina untuk saingan Liga Super musim ini.

Patricio Rodriguez dijangka mengisi slot kesebelasan utama pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam mengharungi baki saingan Liga Super musim ini. Rodriguez, yang dipinjamkan daripada kelab Santos FC dari Brazil, menggantikan rakan senegara Jorge Pereyra Diaz yang akan menyertai sebuah kelab dari Brazil. Pemain ini dipinjamkan kepada JDT sehingga November 2015.

Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ), turut membayangkan akan menamatkan kontrak seorang pemain import JDT yang sedia ada dan menggantikannya dengan seorang pemain import baharu yang bakal tiba di sini pada 26 atau 27 Mac ini.

Rodriguez memulakan karier profesionalnya bersama kelab Argentina, Incdependiente pada 2008 hingga 2012 sebelum menyertai Santos FC dengan yuran perpindahan bernilai €1.6 juta (RM6.38 juta).

Pemain baru JDT
SESI PENGENALAN PATITO RODRIGUEZ – gambar sumber Johor Southern Tigers

Kenyataan yang dipetik dari Facebook Johor Southern Tigers
Johor Darul Ta’zim secara rasminya telah memperkenalkan pemain terbaru pasukan itu yang akan mengisi posisi penyerang iaitu Patricio Julian Rodriguez atau lebih dikenali dengan nama Patito. Majlis yang mendapat perkenan DYAM Brigadier Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor merangkap Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Johor itu turut disaksikan oleh wakil media dan juga para penyokong yang turut hadir ke Stadium Tan Sri Dato Haji Hassan Yunos, Larkin pada 20hb Mac 2015 itu. Luaskan Kuasamu Johor!

PRESENTATION OF PATITO RODRIGUEZ | MARCH 20TH 2015
Johor Darul Ta’zim have officially unveiled a new player who will be playing as a striker for the team, Patricio Julian Rodriguez or more commonly known as Patito. In the presence of HRH Brigadier General Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, who is the Crown Prince of Johor and the President of the Johor Football Association, a presentation ceremony has been held in front of the media and supporters at the Tan Sri Dato Haji Hassan Yunos Stadium in Larkin on March 20th, 2015. Luaskan Kuasamu Johor!

Check Also

keputusan Liga Super 20.9.17

Keputusan Liga Super 20 September 2017

Keputusan Liga Super 20 September 2017. Enam perlawanan berlangsung dengan perebutan kedudukan kedua Liga Super …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *