Breaking News
Home » Uncategorized » Papa I Love U Filem Terakhir 2011

Papa I Love U Filem Terakhir 2011

Filem Papa I Love U merupakan filem terakhir yang berada didalan senarai wajib tayang Finas untuk tahun 2011.Filem komedi/drama ini bakal menemui penonton pada 29 Disember 2011.Filem Papa I Love U ini bakal menampilkan pelakon seperti Lisa Surihani , Zalif Sidek , Mia Nasuha dan Zaidi Omar.

Sinopsis Papa I Love U : Papa I Love You mengangkat kisah kasih sayang dan dilema yang dihadapi bapa tunggal, Bahar lakonan Zalif terhadap anaknya, Mia selepas kematian isteri manakala Lisa melakonkan Elly.
Selepas kehilangan isteri tercinta, Bahar terpaksa berusaha hidup berdikari. Dia yang sebelum ini sibuk dengan pelajaran dan pengalaman bekerja yang berdepan banyak masalah, membuatkan dia tidak mempunyai keyakinan diri untuk membina hidup baru.
Namun, atas semangat, dorongan dan kasih sayang terhadap anaknya, Bahar nekad untuk berubah. Apakah Bahar akan berjaya melakukannya? Perkenalan dengan Elly juga banyak membantu Bahar menguruskan Mia yang rindukan kasih sayang seorang ibu.

Check Also

Piala Dunia 2018

Senarai Penuh 32 Pasukan Yang Layak Ke Piala Dunia 2018

Setelah melalui pusingan kelayakan dan playoff, 32 pasukan telah pun mengesahkan tempat ke Piala Dunia …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *