Home » Uncategorized » Pantun Raya … Jom La Kongsi

Pantun Raya … Jom La Kongsi

Duduk depan cermin terasa kacak,
Minyak rambut tiada letak minyak kelapa,
Walaupun mood raya dah memuncak,
Puasa Ramadan jangan di lupa.

Dah perasan kacak terus bergaya,
Segala yang ada semua nak diperaga,
Poket semakin kempis shopping raya,
Jangan lupa lepas raya nak pakai duit Juga.

Masam-masam rasanya cuka,
Lagi best kalau curahkan kat luka,
Balik kampung semua suka,
Pandu cermat elak duka.

Bulan puasa jangan asyik mengata,
Jangan buat cerita untuk di jaja,
Kunjung mengunjung amalan kita,
Jangan duk rumah tonton TV sahaja

Pandai memilih antara intan dan kaca,
jangan hanya rambang mata,
Terima kasih buat pembaca,
Salah silap kemaafan di pinta.

Check Also

kanser usus

Awas Penyakit Ini Menyerang Siapa Sahaja

Awas Penyakit Ini Menyerang Siapa Sahaja. Tahukah anda bahawa kanser kolorektal atau lebih dikenali kanser …

13 comments

  1. tumbangnya pohon dilibas taufan,
    taufan mengganas tanpa henti,
    10 jari ku susun pohon kemaafan,
    dihari lebaran yang mulia ini.

  2. hoho.. saya tak pandai berpantun la… heheh..macamna pon salam lebaran yer…:)

  3. pokok keluduk dan pokok jepun
    senapang buluh polughu conoghai
    haghi ghayo sekali setahun
    den balik ghayo maso aghi mantai..

  4. err… kb tak pndai berpantun.. heheh.. tp best la pntun ni..

  5. bila takbir mula bergema,
    syaitan telah lepas berkeliaran,
    alien keroro hendak beraya,
    salah silap mohon diampun.

    hehe 😛

  6. taik hidung hijau melekit,
    selamat makan kuih semperit.

    sekian.

  7. bila raya line busy gila,
    mase tu nak marah pun tak guna,
    maxis, celcom, digi semua sama,
    kalau cu=ik mimie tak yah tunggu raya,
    ucap sekaranag pun ok apa.

    selamat jari raya..^_^

  8. aku fail bab pantun ni . hehe.. banyak entri pasal hari raya ye :p

  9. x brapa reti pantun2 ni..
    btw, selamat hari raya & maaf zahir batin ^^

  10. selamat hari raya! =)
    nice pantun la. hehe

  11. dijalan raya banyak kereta,
    mula lah jem dimerata-rata,
    jangan lupa pasang bendera dan pelita,
    itu tanda merdeka raya kita,

    hehe tq 🙂

  12. Rawlins Ichigo Takashi Lutz

    Kepada semua rakan dan taulan,
    Ampun dipohon ikhlas bersulam,
    Terkurang terlebih mohon halalkan,
    Terluka jiwa jangan berdiam.

    Di pagi syawal doa dipanjat,
    Bersama menyambut dihujani rahmat,
    Syukur ramadhan kita selamat,
    Moga amal kita semua diberkat.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *