Menu Tutup

Pantun Puasa .. Entah Apa-Apa Entah

Blogger malam ramai yang berjaga,
Hendak menjaga blog kesayangannya,
Puasa Ramadan rukun yang ketiga,
Jangan kita lupa dan abaikannya.

Blogger hebat kegemaran semua,
Entri hebat memang tak terkata,
Jaga tingkah jaga semua,
Dalam menulis jangan mengata.

Blogger rajin orang tidur dia berjaga,
Demi pembaca yang setia membaca entrinya,
Nak update update juga,
Jangan sampai terlajak sahurnya.

Sesaja nak melayan pantun..tak tahu nak buat apa..esok nak kena cari buluh laa plak..buat lemang..kat tempat aku ni tak kira..nak puasa ke..nak raya ke..lemang mesti ada..haha..lemang cicah rendang..ada yang berani nak berpantun..?

19 Comments

  1. shida'R

    kizmyself nama blognya,
    lelaki dewasa itu lah dia,
    saja shida singgah nak kata,
    kiz.. selamat berpuasa,

    haaa..ok x kiz hehe ^_^

  2. ArulchelseA

    cari buluh nak buek lomang
    lomang sodap pueh hati
    bilo dah poso baru tobayang
    maso konyang buek tak ghoti

    alamak bro..memang kono buek lomang tu.. apo2 hal mesti ado lomang..rindu kek kampung…kih kih

  3. Khairol Ikhwan

    bagus gak men pantun ni 🙂

    Men blog hari-hari,
    Sakit jari, sakit gigi,
    Telah ku nantikan saban hari,
    Kini Ramadhan menjelma lagi.

    Blogwalking sane, blogwalking sini,
    Tinggalkan jejak bagai nak rak,
    Saje je nak cakap kat sini,
    Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *