Home » Berita » Pandelela Rinong Terima RM300,000

Pandelela Rinong Terima RM300,000

Pandelela Rinong Terima RM300,000 – Penerjun negara Pandelela Rinong yang memenangi pingat gangsa Sukan Olimpik 2012 menerima sejumlah RM300,000 sebagai sumbangan atas kejayaannya itu. Pandelela menerima sumbangan bernilai RM300,000 iaitu Skim Hadiah Kemenangan Sukan Majlis Sukan Negara (MSN) RM100,000 dan Amanah Saham Wawasan sebanyak RM200,000 . Sumbangan disampaikan oleh Perdana Menteri di Putrajaya. 

Perdana Menteri juga menyerahkan surat tawaran biasiswa penuh kerajaan daripada Yayasan Tun Abdul Razak untuk membolehkan atlet negara itu melanjutkan pelajaran di mana-mana universiti di negara ini dalam jurusan pilihannya.


Check Also

kanser usus

Awas Penyakit Ini Menyerang Siapa Sahaja

Awas Penyakit Ini Menyerang Siapa Sahaja. Tahukah anda bahawa kanser kolorektal atau lebih dikenali kanser …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *