Breaking News
Home » Berita » Paket Tuala Logo MAS Petunjuk Baru MH370

Paket Tuala Logo MAS Petunjuk Baru MH370

Paket Tuala Logo MAS Petunjuk Baru MH370. Setelah setahun berlalu, pencarian MH370 yang dikatakan berakhir di lautan Hindi masih buntu. Namun penemuan satu paket tuala yang ada logo MAS boleh dijadikan sebagai petunjuk baru dalam misi pencarian pesawat malang itu.

Tuala kertas kecil itu berada dalam paket tertulis Malaysia Airlines yang dihantar ke Canberra untuk diuji dan disahkan selepas ditemui oleh sepasang suami isteri ketika berjalan di pantai di Cervantes. Penemuan terbaharu di pantai Barat Australia itu boleh memberikan petunjuk bagi merungkai misteri pesawat MH370 yang hilang bersama 239 orang di dalamnya pada 8 Mac 2014.

Tuala itu sedang dianalisis bagi mencuba dan mengesahkan sekiranya ia adalah dari pesawat yang hilang berkenaan.

tuala logo MAS MH370
tuala logo MAS

sumber BH Online

Check Also

stadium baru JDT

Gambar Rekabentuk Dan Konsep Stadium Baru JDT

Gambar Rekabentuk Dan Konsep Stadium Baru JDT. Satu majlis pelancaran rekabentuk dan konsep stadium bola …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *