Home » Pendidikan » Pakaian Bebas Untuk Pelajar Tingkatan 6 Mulai Sesi 2015

Pakaian Bebas Untuk Pelajar Tingkatan 6 Mulai Sesi 2015

Pakaian Bebas Untuk Pelajar Tingkatan 6 Mulai Sesi 2015. Kementerian Pendidikan Malaysia akhirnya mengesahkan pelajar Tingkatan 6 dibenarkan memakai pakaian tradisonal atau pakaian lain, sebagai sebahagian daripada kod pakaian baru musim persekolahan 2015. Mereka juga dibenarkan memakai baju batik di bawah langkah transformasi kementerian untuk ‘menjenamakan semula’ sistem pendidikan Tingkatan 6.

Pembaharuan kod pakaian itu pernah diumumkan Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pendidikan, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 2012 sebagai usaha menambah baik sistem pendidikan Tingkatan 6 untuk menjadi setaraf pra-universiti atau matrikulasi.

Pihak sekolah tidak lagi boleh mengarahkan pelajar Tingkatan 6 mengikut pakaian standard, malah pelajar lelaki mulai sesi 2015 akan dibenarkan memakai baju dan seluar warna cerah tetapi tidak boleh ada corak bunga atau rekaan lain.
Pelajar dilarang daripada memakai mana-mana pakaian yang diperbuat daripada bahan denim manakala pelajar perempuan juga akan dibenarkan memakai seluar panjang selain baju kurung. Mereka juga akan dibenarkan memakai blaus berlengan, gaun labuh, skirt yang melebihi paras lutut, tetapi seluar jenis jeans, seluar kargo, seluar pendek atau celana ketat tidak dibenarkan sama sekali sama ada untuk semua pelajar lelaki dan perempuan.
pakaian tingkatan enam 2015

Check Also

kanser usus

Awas Penyakit Ini Menyerang Siapa Sahaja

Awas Penyakit Ini Menyerang Siapa Sahaja. Tahukah anda bahawa kanser kolorektal atau lebih dikenali kanser …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *