Breaking News
Home » Uncategorized » Padan Muka Kau , Bertaruhlah Sangat

Padan Muka Kau , Bertaruhlah Sangat

Bola..bola..bola..pagi sampai ke tengahari ini semua masih cerita pasal bola.Tengah sarapan tekak layan roti canai kari kambing,telinga layan cerita bola.Semakin ramai berkumpul semakin banyak cerita dan pendapat masing-masing.Muka semua tunjuk kepuasan..cuma ada seorang dua je yang macam ayam berak kapur dan hampir-hampir jadi berak candu..
” kau ni pehal pulak menung panjang ni ” macam biasalah aku tanya..dah dah tanya mesti dia jawabkan..” kalah teruk beb ..” hah..kalah..setahu aku Malaysia menang bola malam tadi..bila pulak kalahnya? ” kau kalah apa pula ni..?” sekali lagi aku bertanya ..” kalah bertaruh “.Alahai kalah bertaruh la pula..yang kau pi bertaruh buat apa..kalau kalah bertaruh memang tak dapatlah aku bagi simpati..cuma aku boleh ucapkan padan muka kau..serta padan muka kau..diulang sehingga sejuta kali kalau terdayalah..banyak kerja lain lagi beb..main guli ke,main masak-masak ke..tak pun paling koman zaman moden ni layan game online kat FB..yang pi berjudi bertaruh sampai beratus tu pehal..tak der siapa suruhkan..sendiri mau sendiri tanggunglah..
Bila bab bertaruh ni..dari yang kecil sampai yang beratus ribu..ahh..judi punya hal..bukan kaya pun kalau bertaruh..kalau boleh kaya nak gak aku berhenti kerja..aku full time bertaruh je..elok ler hentikan je unsur-unsur perjudian tu..tak der maknanya..awas judi hanya untuk rugi…haha slogan cipta sendiri..
Nah layan lagu ni buat pengubat kecewa kalah bertaruh..padan muka kau..

Check Also

Katharsis Album Terbaru Kumpulan Search

Katharsis Album Terbaru Kumpulan Search

Katharsis Album Terbaru Kumpulan Search. Lagenda kini kembali. Itu sudah pasti ungkapan peminat tegar muzik …

8 comments

  1. bongok jek sape yang bertaruh tuu

  2. Yg tak minat bola pun kne minat bola gak sebab takde cite laen da.. Hehe~

  3. memang ramai pun yg bertaruh game smlm…

  4. judi itu haram….bengong sapa yang bertaruh tu…

  5. lol bertaruh pulak dah…

  6. x kenal dosa pahala dah..lebih baik layan lagu mat daud berkilau ni lagi bagus!

  7. hehe bertaruh?tak terfikir nak bertaruh hape pon..entah sebab not intend to it kot šŸ™‚

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *