Home » Info Hiburan » Ozlynn Wati Jawab Isu Cium Mulut Di ABPBH 2014

Ozlynn Wati Jawab Isu Cium Mulut Di ABPBH 2014

Ozlynn Wati Jawab Isu Cium Mulut Di ABPBH 2014. Masih menjadi isu hangat sepanjang minggu ini isu berkaitan aksi cium mulut antara pasangan suami isteri selebriti Johan dan Ozlynn Wati. Kini Ozlynn tampil menjawab isu itu.

Jawapan Ozlynn mudah sahaja iaitu cium mulut sudah menjadi rutin mereka sekeluarga dan amalan biasa dirumah. Anak-anak mereka juga sudah biasa dengan aksi sedemikian, bahkan anak-anak juga melakukan perkara sama kepada mereka.

“Itu rutin keluarga kami. Mungkin orang ramai menganggap aksi itu keterlaluan tapi bagi kami itu biasa sebab memang jadi amalan kami di rumah sebagai cara kami tunjukkan kasih sayang dan bermanja. Malah anak-anak saya juga telah terbiasa dengan rutin itu. Contoh sekiranya anak saya yang berumur 10 tahun mahu keluar rumah, dia akan salam tangan Johan dan bercium sebegitu. Begitu juga Johan, kadang kala kalau di rumah, contoh ketika itu saya sedang lipat kain, dia akan panggil saya dan minta saya cium dia. Pada saya selagi aksi itu tidak mengghairahkan, kenapa perlu dipersoalkan? Lagipun kami sudah sah suami isteri. Tapi ada yang belum berkahwin dan berpeluk sesuka hati tidak pula dipersoalkan,” – Ozlynn
Isu ini mula menjadi hangat di media sosial apabila aksi cium mulut di malam ABPBH 2014 ketika Johan diumumkan sebagai pemenang Penyampai Radio Paling Popular Lelaki. Adegan itu menimbulkan isu panas kerana ramai pihak menyifatkan kelakuan itu terlalu mengikut budaya barat dan kurang manis dilakukan depan khalayak.
Ozlynn dan Johan Isu Cium Mulut
Ozlynn dan Johan
sumber SinarHarian / Media Hiburan

Check Also

Keputusan ABPBH 30

Keputusan ABPBH 30 Anugerah Bintang Popular

Hari ini bersiaran secara langsung Anugerah Bintang Popular Berita Harian di TV3. Beberapa anugerah utama …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *