Breaking News
Home » Berita » Osman Kering Meninggal Dunia

Osman Kering Meninggal Dunia

Osman Kering Meninggal Dunia – Selepas lebih dua minggu dirawat di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) kerana diserang masalah batuk kering yang serius pelawak dan pelakon veteran Osman Kering atau nama sebenarnya Osman Kassim meninggal dunia jam 3.45 petang tadi ( 29 jun 2012 ). Allahyarham dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi PPUKM 10 Jun lalu selepas pengsan di rumahnya di Bandar Sri Permaisuri, Cheras sebelum disahkan koma.

Jenazah akan dibawa ke Masjid Al-Najihin, Cheras untuk disembahyangkan selepas Maghrib dan kemudian akan dibawa ke Tanah Perkuburan Islam Jalan Pandan, Petaling Jaya untuk dikebumikan. Al-fatihah semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang yang beriman.

Check Also

carta keputusan Liga Super 2018

Keputusan Liga Super 10 Februari 2018

Keputusan Liga Super 10 Februari 2018. Empat perlawanan Unifi Liga Super Malaysia 2018 berlangsung. Keputusan …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *