Oren Bodoh .. Apa Ada Pada Nama

Oren bodoh ? itulah jenama yang paling popular dan paling penting mampu beli pada zaman kanak-kanak dulu.Kalau dapat beli oren bodoh ni rasa bangga dan boleh tayang-tayang laa.Sebab boleh dikira antara barang mewah pada zaman aku dulu.Yer lah walaupun harganya cuma 40 sen sebotol..tapi 40 sen dulu tu kalau nak dapat bukan senang.Tak macam sekarangkan.
Tapi cuma aku nak tanya gak..dan sampai sekarang masih tak dapat jawapan..kenapa orang panggil air ni oren bodoh masa tu? Kat mana bodohnya..adeh..Tapi sekarang dah tak minum dah air-air berkarbonat ni.. sebab umur dah meningkat ni..kalau tak jaga makan minum memang cepatlah tamatnya talian hayat..
gambar sekadar hiasan
Terkenang Jua : pesan mak , jangan suka cakap orang bodoh sebab nanti bodoh itu kembali kepada kita balik.. tapi tak sempat tanya mak ,kalau minum orang bodoh lak cam ner..huhuhu..