Home » Santai » Orang Menang Selalu Mencari Jalan ..Orang Kalah Selalu Mencari Alasan

Orang Menang Selalu Mencari Jalan ..Orang Kalah Selalu Mencari Alasan

Kalau buat kerja sambil lewa macam mana nak berjaya.. Usaha Doa Tawakal

Salam semua..panjang la pula tajuk post ni..sebab aku ni tak pandai nak pintas pintas ni.Panjang pun panjanglah janji tajuk.Bagaimana pencapaian hidup anda selama ini adakah anda puashati? selalunya manusia mana ada puaskan..terpulanglah tepuk dada tanya iman..

Berbalik kepada tajuk,macam biasalah orang yang berjaya ini pasti akan terus mencari jalan untuk terus berjaya.Dah ada 1 nak 2..nak 3..nak 4 ( ni bukan pasal tambah cawangan mak mertua haa ).Ini memberi gambaran orang yang berjaya itu mestilah selalu berfikir mencari jalan bagaimana untuk kekalkan momentum kejayaan tu atau naik setahap lagi.Agar kejayaan itu bukan setakat suam suam kuku je.

Kalau berniaga kena fikir macam mana nak kembangkan perniagaan agar lebih maju.Kalau bersukan nak kena cari cara bagaimana yang tingkatkan lagi prestasi.Kalau pelajar nak kena tingkatkan usaha untuk terus cemerlang dan macam2 lagilah.Kalau nak tulis semua nanti menyampah pulak orang baca.Macam blog juga la kan kena fikir macam mana nak tarik orang membaca..lebih kurang tolak tambah je laa..apa yang penting usaha tu.

Bagi orang yang gagal..selalunya mesti mencari alasan nak tutup kelemahan di atas kegagalan..(bukan semua lah..kadang2 ada gak alasan yg logik dan membina..kadang2 je selalunya tak der ).Kalau dalam berniaga bila barang tak laku salahkan barang tak elok lah..ada sabotaj laa..kena ilmu hitam laa dan macam2 lagi alasan yang tak masuk akal.Seeloknya bila gagal tu kena kena fikir macam mana nak cari jalan agar kegagalan itu dapat di perbaiki..berfikir macam orang yang berjaya tadi.Jangan selalu sangat salahkan takdir.Nanti kita akan selamanya gagal..!!

pandangan aku je ni..ada pandangan lain komen2lah..hehe

AKU JUGA DISINI

Check Also

kanser usus

Awas Penyakit Ini Menyerang Siapa Sahaja

Awas Penyakit Ini Menyerang Siapa Sahaja. Tahukah anda bahawa kanser kolorektal atau lebih dikenali kanser …

7 comments

  1. Kejayaan takkan kekal kegagalan juga bukan noktah.

  2. betui betui…puanbee org menang insyaallah .. 🙂

  3. peringatan yang berguna buat semua. 🙂

  4. kejayaan kite pda hari ini bergantung pada ape yang telah kita usahakan pada hari semalam~

  5. gua sokong… nak berjaya kena usaha.. kadang kita selesa bila berada di dalam zon selesa membuatkan kita menjadi malas berusaha…

    eh ada kaitan tak.. ngee

  6. mentaliti yg telah di set dlm pikiran sbnrnye…

    biasalah…huhuhu…tp kdg2 benar ye…bergantung kpd keadaan…

    mcm mak mina sndiri…meniaga…
    akibat hasad dengki org…kena mcm2..merana smpai ajalnya…

    tp tu lah…semuanya terpulang kpd kehendakNYA….huhuhu…

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *