Breaking News
Home » Uncategorized » Ops Sikap 24 | Bukan Masa Untuk Mengira Angka

Ops Sikap 24 | Bukan Masa Untuk Mengira Angka

Ops Sikap adalah perkataan yang sering kita dengar bila tiba musim perayaan.Macam-macam kaedah pencegahan telah dilakukan untuk memastikan jalanraya adalah tempat yang selamat.Namun saban tahun angka yang dicatat semakin meningkat.Adakah Ops Sikap ini semata-mata untuk kita mengira angka korban? Oh tidak sama sekali.Namun berapa ramaikah yang sedar akan keadaan ini? Adakah setelah kita tercatat dalam angka itu baru nak sedar? Sudah terlambat..

Kalau tak pandai menari jangan salahkan lantai tinggi rendah.Bila berlaku kemalangan baru nak salah jalan itu bahaya,jalan tak rata dan macam-macam.Bagi aku pokok pangkalnya adalah datang dari sikap kita sendiri.Gelojoh..tak sabar..terkejar kejar dan sebagainya.Kata orang tak lari gunung di kejar..walaupun bukan ke gunung destinasi kita..Cuba bayangkan apa perasan orang yang menanti kepulangan kita dengan gembira namun yang tiba cuma khabar duka?

Bersama-sama kita bersopan di jalanraya.Yer lah kekadang tu kita ni berhati-hati namun terlibat gak kemalangan.Memang ajal maut ketentuan Allah,namun berusaha mencegah adalah tuntutan..Selamat pulang beraya..ops sikap bukan untuk kita mengira angka korban..jadikan tauladan.

ops sikap 24 bermula esok 22 Ogos 2011..ubah-ubahlah sikap..

Check Also

stadium baru JDT

Gambar Rekabentuk Dan Konsep Stadium Baru JDT

Gambar Rekabentuk Dan Konsep Stadium Baru JDT. Satu majlis pelancaran rekabentuk dan konsep stadium bola …

3 comments

  1. harap semua pulang dengan selamat… sekarang kalau nak balik kampung.. saya takut nak drive.. hurmm..tapi nanti balik ke kampus..terpaksa drive gak..huhu..

  2. kono pulak jalan nak poe pilah dari soghomban dah lurus..jgn nak momocut pulak.. kih kih kih

  3. musim ni la banyak kemalangan yang meragut nyawa berlaku.. seram pulak =_=

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *