Breaking News
Home » Info Sukan » Ong Kim Swee Jurulatih Skuad Kebangsaan

Ong Kim Swee Jurulatih Skuad Kebangsaan

Ong Kim Swee Jurulatih Skuad Kebangsaan. Nampaknya Persatuan Bolasepak Malaysia atau FAM kekal dengan jurulatih tempatan apabila memilih Datuk Ong Kim Swee selaku jurulatih tetap pasukan bolasepak Malaysia atau Harimau Malaya.

Ong Kim Swee
Ong Kim Swee

Pengumuman telah dibuat oleh Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Abdul Mokhtar Ahmad dalam sidang media hari ini. Sebelum ini OKS adalah bekas jurulatih skuad bawah 23 dan juga jurulatih sementara skuad kebangsaan.

Ong Kim Swee akan ditawarkan kontrak selama dua tahun sehingga 2017. Beliau mengatasi dua lagi calon lagi iaitu Bojan Hodak dan Robert Alberts.

FAM menetapkan tiga perkara yang perlu dicapai oleh OKS iaitu

  • Membawa skuad kebangsaan melepasi perlawanan playoff untuk melayakkan Malaysia ke saingan peringkat kumpulan Kelayakan Piala Asia 2019.
  • Memperbaiki ranking skuad kebangsaan dengan sasaran tangga ke-140 dunia berbanding tangga ke-171 dunia ketika ini.
  • Perlu membawa skuad kebangsaan mencapai kejayaan pada saingan Piala Suzuki AFF 2016 yang akan berlangsung di Filipina dan Myanmar dari 20 November hingga 18 Disember

Check Also

Admin Group Whatsapp Berisiko Dipenjarakan

Admin Group Whatsapp Berisiko Dipenjarakan, itu ada yang dipetik dari beberapa sumber artikel laman berita …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *