Breaking News
Home » Uncategorized » Ombak Besar Dan Air Pasang Landa Kuala Besut

Ombak Besar Dan Air Pasang Landa Kuala Besut

Ombak Besar Dan Air Pasang Di Kuala Besut Terengganu | Ombak Besar Kuala Besut – Dilaporkan 41 keluarga yang tinggal di Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) Pengkalan Atap, dekat Kuala Besut terpaksa dipindahkan akibat ombak besar dan air pasang yang melanda penempatan mereka yang berhampiran pantai.Rumah mereka ditenggelami air laut pasang besar serta dipukul ombak setinggi empat meter.
Seramai 196 orang yang terdiri daripada 57 lelaki dewasa, 65 perempuan dewasa dan 44 kanak-kanak lelaki serta 30 kanak-kanak perempuan itu kini ditempatkan di Balai Raya Pengkalan Atap yang letaknya kira-kira 500 meter dari kawasan terbabit sejak jam 9 malam tadi(11 Disember 2011).Air pasang mula berlaku kira-kira jam 8 malam lagi dengan diikuti ombak setinggi antara tiga hingga empat meter menyebabkan kesemua rumah penduduk yang terletak kira-kira 400 meter dari pinggir laut itu mula dimasuki air.Ombak yang kuat juga menyebabkan benteng tanah yang menghalang air laut roboh.

Sumber Bernama / BH Online

Check Also

stadium baru JDT

Gambar Rekabentuk Dan Konsep Stadium Baru JDT

Gambar Rekabentuk Dan Konsep Stadium Baru JDT. Satu majlis pelancaran rekabentuk dan konsep stadium bola …

3 comments

  1. lebihkurang 15km dari tempat saya ni..

  2. Taufiq Arifin a.k.a. Topimagine

    hope xde yang melibatkan nyawa…..

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *