Breaking News
Home » Info Sukan » Olimpik 2012 , Badminton Dan Terjun Jadi Tumpuan

Olimpik 2012 , Badminton Dan Terjun Jadi Tumpuan

Hari ini 1 Ogos 2012 merupakan hari kelima kejohanan Olimpik 2012 berlangsung. Bagi pasukan Malaysia hari ini ada dua acara tumpuan yang bakal menarik perhatian. Selain acara kapal layar melalui Khairulnizam Mohd Afendy acara badminton dan terjun papan ajal 3M lelaki bakal mencuri tumpuan.
Pada jam 2 petang waktu London ( 10 malam waktu Malaysia ) penerjun negara Bryan Nickson Lomas dan Qiang Huang akan berpasangan dalam acara terjun papan anjal seirama 3 meter lelaki akhir. Mampukah pasangan ini menyumbang pingat? 
Kira-kira jam 3 petang ( 11 malam waktu Malaysia ) sandaran emas Malaysia iaitu Datuk Lee Chong Wei akan turun dalam acara perseorangan lelaki pusingan kedua. Lawan Lee Chong Wei nanti adalah Simon Sontoso dari Indonesia. Ini bukan perlawanan yang mudah bagi Lee Chong Wei namun sama-sama kita harapkan agar Lee Chong Wei mampu memberi aksi terbaik nanti.

Check Also

Katharsis Album Terbaru Kumpulan Search

Katharsis Album Terbaru Kumpulan Search

Katharsis Album Terbaru Kumpulan Search. Lagenda kini kembali. Itu sudah pasti ungkapan peminat tegar muzik …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *