Breaking News
Home » Santai » Oh Tidak .. Semoga Ini Hanya Mimpi

Oh Tidak .. Semoga Ini Hanya Mimpi

Hari ini cuaca agak sejuk kerana hujan semenjak tengahari.Lebat kekadang renyai-renyai namun cukup untuk membuat kesejukkan menusuk hingga ke tulang.Suara anak-anak buah yang ramai berkumpul pun kekadang membuat gegandang telinga bergetar tahap paluan rebana ubi..namun sabar je lah..budak-budakkan..kita pun dulu macam tu juga.hehe.

Bila dah sejuk ni..perut mulalah menyanyi lagu makan-makan..adoii tak boleh ke kau belajar tak lapar perut.Tak lama lagi nak puasa..langsung tak bagi kerjasama langsung.Untuk mengelakkan irama perut ini bertambah rancak..dengan pantas aku ke dapur..teringat rendang dengan lemang yang Pak Mertua buat pagi tadi.30 batang semuanya..namun irama perut aku bertukar bunyi meriam buluh bila isteri aku cakap lemang dan rendang dah habis..alahaii..terasa macam nak kempunan je..tapi bila fikir pasal batu belah batu bertangkup langsung tak jadi kempunan(hampir merepek sudah..huhu).Takkan 30 batang dah habis..makan ke kenduri ni..terpaksalah aku menjamah ketupat yang aku cakap tak suka tadi..padan muka aku. [entri yang berkaitan:Lemang,Ketupat Dan Rendang]

Check Also

stadium baru JDT

Gambar Rekabentuk Dan Konsep Stadium Baru JDT

Gambar Rekabentuk Dan Konsep Stadium Baru JDT. Satu majlis pelancaran rekabentuk dan konsep stadium bola …

12 comments

  1. hehe, ingatkan ape tadi 😛

  2. ïêmå å¢klê§

    banyaknya..
    betul2 macam nak kenduri…

  3. hahahah..ingat mende…
    tp serius..lemang bes g dr ketupat

  4. kelakar beb…ske baca entry ni

  5. haha . makanan raya smua sedap . hehe ..

    selamat berpuasa 🙂

  6. haha kenduri secara tak langsung. =D

  7. lapar, makan je la kiz. pura2 malu nak makan lak 😛

  8. lemang sorang sebatang kot??tak pun wife kid nyurukkan, buat makan pagi raya nanti (sebulan lagi nak raya oii) haha

  9. ingat kan apa la tadi.. upanya..hahaha

  10. ketupat dgn rendang…tak sabar rasanya..

  11. aduh….rendang tu yang tak tahan ni…

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *