Home » Info Sukan » NS Matrix vs Sarawak Kumpul Dana Banjir

NS Matrix vs Sarawak Kumpul Dana Banjir

NS Matrix vs Sarawak Kumpul Dana Banjir. Tahniah buat Persatuan Bolasepak Negeri Sembilan ( PBNS ) kerana sekali lagi membuat kutipan derma bagi dana mangsa banjir yang melanda negara. Kali ini perlawanan persahabatan Negeri Sembilan atau NS Matrix menentang Sarawak di Stadium Paroi pada 27 Januari 2014 akan memberi peluang kepada penyokong hoben jang hoben menyumbang derma melalui pembelian tiket.

NS Matrix vs Sarawak
PBNS

Menurut laman Facebook Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan (PBNS), selain menguji prestasi dan persefahaman pemain NS Matrix, perlawanan persahabatan itu juga bagi mengumpul derma untuk membantu mangsa banjir melalui hasil penjualan tiket.

PBNS berharap peminat bola sepak di Negeri Sembilan agar datang beramai-ramai bagi menyaksikan perlawanan itu sambil menderma.

Harga tiket NS Matrix vs Sarawak ialah RM10 bagi tempat duduk berbumbung dan RM5 untuk tempat duduk terbuka. Perlawanan amal ini dijadualkan bermula jam 8.45 malam. Sebelum ini, NS Matrix mengadakan perlawanan persahabatan dengan Perak pada 16 Januari 2015 dan Terengganu pada 23 Januari 2015 bagi membantu mangsa banjir menerusi hasil penjualan tiket.

MySensasi : Semoga usaha yang dibuat oleh PBNS ini akan menjadi contoh kepada persatuan lain tidak kira dalam sukan apa pun. #Dentasaba tunggu aksi Liga Malaysia 2015 bermula..

Check Also

kanser usus

Awas Penyakit Ini Menyerang Siapa Sahaja

Awas Penyakit Ini Menyerang Siapa Sahaja. Tahukah anda bahawa kanser kolorektal atau lebih dikenali kanser …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *