Home » Info Sukan » NS Matrix vs Pulau Pinang 8 Mei 2015

NS Matrix vs Pulau Pinang 8 Mei 2015

NS Matrix vs Pulau Pinang 8 Mei 2015. Perlawanan antara Liga Perdana NS Matrix dan Pulau Pinang yang tertangguh pada 12 April akibat cuaca buruk akan diadakan semula pada 8 Mei 2015. Perlawanan akan diadakan di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi jam 8.45 malam.

NS MATRIX vs PULAU PINANG 8 MEI 2015
NS MATRIX vs PULAU PINANG 8 MEI 2015

Bulan lalu perlawanan membabitkan kedua-dua pasukan itu di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi terpaksa ditunda selepas perlawanan gagal dimulakan apabila padang ditakungi air ekoran hujan lebat disertai petir.

Dengan itu , penonton yang mempunyai keratan tiket pada 12 April boleh menggunakan semula tiket itu untuk perlawanan pada 8 Mei ini.

Tiada lagi info berkaitan siaran langsung di televisyen.

Check Also

keputusan liga perdana 4 ogos 2017

Keputusan Liga Perdana 4 Ogos 2017

Keputusan Liga Perdana 4 Ogos 2017. Enam perlawanan lagi berlangsung dimana ini merupakan perlawanan ke …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *