Home » Uncategorized » Nostalgia – Sebuah Kisah Klasik .. Di Mana Ianya Bermula [EPISOD 1]

Nostalgia – Sebuah Kisah Klasik .. Di Mana Ianya Bermula [EPISOD 1]

Dalam aku menung2 aku teringat juga masa mula mula aku buat blog dulu.Jadi tercetus lah idea aku nak buat satu entry khas yang di beri tajuk Nostalgia – Sebuah Kisah Klasik .. Di Mana Ianya Bermula..Setiap langkah itu pasti ada langkah pertama.Begitu juga blog aku ni..

Asalnya aku mula blog dengan satu blog tentang kelab memancing aku..bermula pada 16 febuari 2009 yang aku beri nama ulungfishingteam..takyah la klik tengok..blog tu dah bersawang dah..aku cuma gunakan blog tu untuk test template je..Untuk Blog kizmyself-= Aku Dan Sesuatu Ini =- ianya bermula pada 28 Jun 2009..Blog peribadi aku pun bermula.

Ringkas je entry pertama aku..biasalah baru mulakan..Rasa cam poyo je aku tengok..haha.Terima Kasih kerana melayari Blog Kizmyself..macamlah masa tu ada yang nak tgk..syok sendiri kot..lempang diri sendiri..biar sedar sikit..har har.
Pada asalnya entry aku ringkas ringkas je..macam tulis status FaceBook je..Tapi harus di ingat masa aku buat blog ini aku memang langsung tak ada akuan FB..memang FB tgh top tapi aku je yang malas nak buat akaun.
Bila baca balik cam ampeh je ek…duk belakang pintu jap malu la konon.Lepas 3 entry yang merapu aku terus senyap…bersawang blog ni.

Tapi aku kembali semula dari bercuti panjang pada 1 Oktober 2010 dengan entry kenangan oh kenangan
Yang mana pada masa tu tak der sapa pun yang nak baca.Yang baca pada masa tu pun mungkin bekas rakan2 sekolah kat FB ( masa ni aku baru nak buat akaun FB..tu pun sebab kena paksa untuk tujuan Re Union rakan2 sekolah ).Entry ni aku publish gambar masa sekolah dulu je..Tak der sapa sapa pun komen.

Setelah menunggu sekian lama..ni lah entry pertama aku yang mendapat komen..haha..teruja masa tu…tajuk entry Layan Joran ..ada 2 komen je..1 dari rakan sekolah dulu..satu lagi dari dari Nub

Aku rasa ini lagi awal kot… dalam entry aku yang paling simple..haha tajuknya 1234 tak caya pi tengok..tu pun inspirasi dari lagu Aris Ariwatan..huhu..

Ni lah blogger yang mula mula sudi turunkan komen kat blog aku AINISMAIRA klik je eh..

ermm..cukup dulu untuk kali ini..kisah klasik akan bersambung lagi untuk episod 2..nanti panjang2 boring lak nak baca..

Check Also

kanser usus

Awas Penyakit Ini Menyerang Siapa Sahaja

Awas Penyakit Ini Menyerang Siapa Sahaja. Tahukah anda bahawa kanser kolorektal atau lebih dikenali kanser …

17 comments

  1. bila masa nya akak kenal dgn kiz ha??? tak ingat ler???

  2. masa bw mlm2 dpt tau kiz gemas..hihi.ada gak minta belanja nasi ayam gemas time tu.walau jarang dtg sini tp ingat la blogger gemas ni.

  3. @kpah k-poh ada sambungannya kak pah..hehe

  4. Wah. Kisah seorang blogger nih. Sop pun beberapa kali tersungkur dalam berblog. Peringkat awal mmg x tahu arah. Huhubu

  5. haha. nubli.! ;D kenal2. hai adik. ;p

    macam sedih je bace nostalgia kiz. =p

  6. belalang kenal kiz sewaktu kiz kuar majalah remaja jadi cover story. time tu mmg minat giler kat kiz…

    eh? tu kiz lain ke?

    alamak! sori 😀

  7. @sop tak tahu arah ke Sop..tu dulu Sop..sekarang dah banyak signboard,,

  8. @.:padie_eyla:. eh padie..biasa2 je..dulu2 tu adalah pengalaman

  9. waa memang kenangan lama tu… 🙂

  10. @Belalang Hijau erk..ekau ni Belalang..kalau dah tahu tu jgn le pecah lubang..haha

  11. masa first rasa mcm tu kan…hehehe..

    sama lah dgn mina..mina baru je lg..tu pun baru dpt izin suami..

    lama jgk kiz dh berblog..
    tahniah…

  12. “akak pun ada kenangan berkenaan blog kiz ni,akak selalu jenguk sini tinggal jejak..siap boh dlm bloglist lagi..(ms tu kiz ngan kpah k-poh mmg mesra habis akak tgk)Akak pun kenal kiz dr blog kpah la..tp bo layan..hehehe..akak pun merajuk..
    buang terus dr bloglist..tup2 satu hari….bersambung episod 2 lak…haha”

  13. wah siap selidelik belakang2 tu , sama lah akk pun memula tk de yg nk komen pun!!

  14. sedih kisah ni..ngeh3..susah hidup seorang bloger ni..menunggu org dtg..huhu..sayu2..

  15. semua perkara bermula dari langkah pertama…steady bro…nak folow cite ni lagi…

  16. Kiz..Piasara dah bocorkan rahsia kita..hahahaaaa…lawak..lawak…siap sambungan lagi tu…

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *