Breaking News
Home » Info Hiburan » Norish Karman Tak Kisah

Norish Karman Tak Kisah

Norish Karman Tidak Kisah Dengan Cemuhan  Selepas membuat pengakuan dan pendedahan secara eksklusif mengenai kontroversi bayi lelaki yang dilahirkannya di sebuah akhbar baru-baru ini, pelakon, pengacara serta penyanyi, Norish Karman menerima pelbagai respon dari masyarakat sekeliling.

Tidak sedikit pun menyesal membuka mulut mengenai isu tersebut, Norish yang mesra dengan panggilan NK memberitahu tidak terkesan langsung dengan cemuhan serta pandangan negatif yang dilemparkan terhadapnya dan menganggap itu semua dugaan dari Yang Maha Esa.

“Tak ada kesan langsung selepas saya mendedahkan mengenai kelahiran anak keempat saya. Rata-rata peminat menyokong serta memberi kata-kata perangsang kepada saya. Mereka tidak mencemuh saya dan saya tak ada masalah dengan kehidupan saya sekarang,” ujar NK ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Wanita Hari Ini TV3 di Sri Pentas, Bandar Utama, tengah hari tadi.

Ditanya apakah yang membuatkan beliau berani untuk membuka mulut sekarang di mana sebelum ini beliau lebih selesa mengambil pendekatan untuk mendiamkan diri, Nk menjawab, “Ini bukan soal buka mulut atau tutup mulut. Saya memang nak beritahu kepada semua dan saya tak pernah kesal selepas membuat pendedahan ini. 

“Bagi saya, ini jalan Allah dan kita kena terima. Apa yang berlaku kepada saya, saya anggap ini dugaan dari Allah. Saya tak perlu takut atau khuatir dengan benda lain kerana ini semua datang dari Allah,” ujar artis kelahiran Singapura ini sambil memberitahu tidak kisah dengan cemuhan masyarakat.

“Bagi saya, mereka tidak ada hak untuk mengata tentang orang lain. Jika tak tahu apa-apa cerita jangan buka mulut. Jagalah diri sendiri dan keluarga sebab takut nanti berlaku kepada diri dan juga anak sendiri pula. Jadi kalau tak nak kebaikan berlaku dalam kehidupan kita jangan ganggu hal orang.

“Apa-apapun, saya percaya hidup ini banyak dugaan. Terpulang pada individu nak pandang negatif kepada saya. Saya tak kisah kerana banyak lagi kerja yang saya nak buat dari melayan perangai orang sebegini,” ujarnya yang kini masih sibuk dengan tawaran lakonan selain terlibat dalam mempromosikan album terbarunya dan memberi ceramah motivasi kepada masyarakat. 

Berkongsi mengenai pengalaman membesarkan anak keempatnya, Muhammad Haq Lutfie Alexander yang dilahirkan melalui pembedahan pada 24 September 2011, NK memberitahu, “Alhamdulillah, kehidupan saya kini sangat menakjubkan. Haq seorang anak yang tak pernah memberi masalah dan semua orang sayang dengannya. Sekarang saya menjadi seorang ibu yang paling gembira,” ujar NK mengakhiri perbualan.


Artikel ini dikongsi melalui laman Gua.com.my

Check Also

mia ahmad izham Tarmizi

Gambar Majlis Pernikahan Mia Ahmad Dan Izham Tarmizi

Gambar Majlis Pernikahan Mia Ahmad Dan Izham Tarmizi. Tahniah buat kedua pasangan yang telah selamat …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *